Page 170 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 170

2.  Umar membina sebuah dulang kayu yang mempunyai tiga ruang untuk mengasingkan
                       sebilangan guli kepada tiga bahagian, iaitu P, Q dan R seperti dalam Rajah 2.

                                                P               Q                R





                           Guli

                                                                                         Dulang kayu





                                                           Rajah 2

                       (a)  Dengan menggunakan teori kinetik jirim, huraikan pergerakan guli di dalam ruang P, Q
                           dan R apabila Umar menggoncang dulang itu. Terangkan jawapan anda.
                       (b)  Berdasarkan sifat jirim yang telah anda pelajari, bagaimanakah gas
                           (i)  dimampatkan menjadi cecair di dalam tong gas?
                           (ii) berubah menjadi gas semula apabila keluar daripada tong gas tersebut?


                     3.  Rajah 3 menunjukkan Elisya sedang meniup air sabun.








                                                                             Gegelang peniup sabun


                                                                             Buih sabun


                                                                              Air sabun





                                                    Rajah 3

                       (a)  Nyatakan keadaan jirim bagi
                            (i)  Udara dalam buih sabun
                            (ii)  Gegelang peniup sabun
                            (iii) Air sabun
                       (b)  Apakah yang akan berlaku pada cecair sabun itu apabila Elisya meniup dengan sangat
                            kuat? Berikan alasan anda.


                    160  Bab 5
                    160
                         Bab 5
   165   166   167   168   169   170   171   172   173   174   175