Page 206 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 206

7.1         Komposisi Udara



                    •  Merancang aktiviti dan merekodkan komposisi udara.
                    •  Mencerakinkan komposisi udara daripada carta pai.
                    •  Mewajarkan kepentingan-kepentingan gas oksigen, karbon dioksida, nitrogen dan gas nadir dalam
                      kehidupan harian.
                    •  Menghargai dan mengagumi kitar karbon dan kitar oksigen dalam mengekalkan kandungan gas
                      dalam udara.
                    •  Menyelesaikan masalah apabila terdapat gangguan pada kitar oksigen atau kitar karbon di Bumi.



                       amu telah belajar bahawa udara mempunyai

                   Kjisim dan memenuhi ruang dalam Bab 5. Semua
                   benda hidup memerlukan udara untuk memastikan
                   kelangsungan hidup. Udara yang bersih tidak
                   mempunyai warna dan bau. Oleh itu, kita
                   tidak dapat melihat udara walaupun udara
                   mengandungi banyak bahan (Gambar foto 7.1).

                       Apakah yang terkandung dalam udara? Udara
                   ialah campuran beberapa jenis gas, iaitu nitrogen
                   (78%), oksigen (21%), karbon dioksida (0.03%) dan
                   gas-gas nadir (0.97%) seperti helium, argon, neon, xenon
                   dan kripton.
                                                                                Gambar foto 7.1 Udara tidak
                       Komponen-komponen lain yang terdapat dalam                              dapat dilihat
                   udara ialah mikroorganisma, wap air dan habuk. Kuantiti
                   komponen-komponen ini adalah kecil dan sering berubah,
                   bergantung pada masa dan tempat. Sebagai contoh, wap air        Apakah hubungan antara
                   di kawasan hutan atau selepas hujan adalah lebih banyak         kandungan wap air dalam
                   berbanding dengan hari panas di kawasan gurun.                  udara dengan pembentukan
                                                                                   awan dan hujan?

                                       Nitrogen
                                        78%

                                                                        Karbon      Sesetengah penyakit
                                                                        dioksida    seperti selesema dan
                                                                        0.03%       batuk disebabkan oleh
                                                                                    mikroorganisma
                                                                                    dalam udara.

                                                                        Gas nadir dan
                                                                        bahan-bahan lain
                                                                        0.97%
                                      Oksigen
                                       21%

                                           Rajah 7.1 Carta pai menunjukkan komposisi udara
                    196  Bab 7
                    196
                         Bab 7
   201   202   203   204   205   206   207   208   209   210   211