Page 202 - Buku Teks Digital Sains KSSM Tingkatan 1
P. 202

2.  Rajah 2 menunjukkan sebahagian daripada Jadual Berkala.



                                    P
                                                                               R



                                                           Rajah 2

                       (a)  Nyatakan jenis unsur bagi P dan R.
                       (b)  Apakah perbezaan ciri-ciri fizikal P dan R?
                       (c)  Besi ialah sejenis logam. Oleh itu, besi memiliki sifat permukaan yang berkilau.
                            Walau bagaimanapun besi mudah berkarat. Mengapa?
                       (d)  Grafit merupakan satu contoh unsur karbon. Apakah ciri grafit yang membolehkan grafit
                            digunakan sebagai mata pensel?

                     3.  Noraini ingin membuat jem nanas menggunakan resipi yang diberikan oleh ibunya seperti
                       yang ditunjukkan dalam Rajah 3.

                                                          Jem nanas

                                1.  Kupas kulit nanas dan parut nanas tersebut.

                                2.  Kisar nanas menggunakan pengisar.
                                3.  Asingkan jus daripada serat nanas.
                                4.  Masak serat nanas yang telah dikisar di atas dapur menggunakan api
                                   yang sederhana. Tambahkan gula, garam dan sedikit pewarna kuning.

                                5.  Kacau campuran tersebut sehingga menjadi pekat dan melekit.

                                6.  Selepas siap, sejukkan jem tersebut dan simpan di dalam peti ais.



                                                           Rajah 3
                       (a)  Namakan kaedah pengasingan bahan yang digunakan dalam resipi tersebut.
                       (b)  Antara langkah 1-6, yang manakah melibatkan kaedah pengasingan yang anda
                            namakan di 3(a)?



                     4.  Kumutha diberi suatu campuran yang mengandungi pasir, serbuk besi, serpihan kecil kayu
                       dan garam. Dia mengasingkan bahan-bahan tersebut menerusi empat langkah seperti yang
                       ditunjukkan dalam Rajah 4. Huruf A, B, C dan D mewakili bahan-bahan di dalam
                       campuran tersebut.



                    192  Bab 6
                    192
                         Bab 6
   197   198   199   200   201   202   203   204   205   206   207