Page 113 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 113

Membaca



                                                                         Barter Ria


                                AKTIVITI               Sistem barter ialah amalan pertukaran barang tanpa
                         Cari makna perkataan yang     melibatkan mata wang. Sistem ini merupakan satu
                         berwarna merah dengan         sistem yang paling awal wujud di dunia. Sistem barter
                         merujuk kamus dan glosari.    diperkenalkan oleh masyarakat Mesopotamia. Sistem
                                                       ini turut diterima pakai oleh bangsa Fenisia yang        T
                  menukarkan barang-barang yang dimiliki oleh mereka dengan barang-barang penduduk di           E
                  kawasan bandar. Sebagai contohnya, pada zaman dahulu, garam dianggap sebagai barangan         M
                  berharga sehinggakan tentera Romawi dibayar gaji dengan garam.                                A
                      Melalui sistem ini, pihak yang terlibat terpaksa membuat pilihan sesama mereka untuk      9
                  memperoleh barang perantaraan yang boleh memberikan manfaat kepada mereka. Dalam
                  sistem barter, barang-barang digunakan sebagai alat perantaraan mengikut suasana dan zaman
                  bagi memenuhi keperluan dan kehendak seseorang.
                      Sistem ini tiada kriteria standard bagi menentukan nilai sesuatu  barangan dan
                  perkhidmatan kerana pembeli dan penjual boleh mendapatkan barangan secara langsung
                  tanpa memerlukan peranan orang tengah. Semasa berlakunya krisis kewangan, banyak
                  orang menggunakan sistem barter kerana nilai mata wang yang tidak menentu. Rakyat
                  Jerman mempraktikkan sistem barter ketika negara itu mengalami kejatuhan nilai mata
                  wang akibat Perang Dunia Kedua.


                                                       PERKASA ILMU

                              Kebaikan                                              Kelemahan
                          Kuantiti barangan                                    Kesukaran menentukan
                          tidak ditetapkan                                         nilai pertukaran

                          Pertukaran barang               Sistem              Masalah kadar nilaian
                        berlaku jika kedua-dua                                 harga bagi barangan
                           pihak bersetuju                Barter                 yang ditukarkan

                         Tiada peningkatan                                      Masalah kemahuan
                               harga                                                 serentak


                                                           (Sumber: Diubah suai daripada Pertukaran Asing, 1990)
                                 TEROKA MINDA                         Adakah sistem barter masih relevan

                         1. Reka iklan tentang sistem barter.         diamalkan pada masa ini? Huraikan
                         2. Cari maklumat terkini tentang aktiviti    pendapat anda.
                           sistem barter.



                                                                                                     99
                         2.2.1                                                                       99
   108   109   110   111   112   113   114   115   116   117   118