Page 109 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 109

Tatabahasa




                                            AKTIVITI
                        1.  Kenal pasti frasa nama dalam dialog, kemudian bina
                            ayat dengan menggunakan frasa nama tersebut.
                        2.  Cipta satu resipi masakan berasaskan ikan yang
                            ringkas dan buat pembentangan.

                                                     Tilapia Merah                                              T
                                                                                                                E
                  Adam:            Pak cik, banyaknya ikan di dalam kolam ini. Apakah nama ikan ini?            M
                  Pak Cik Halim:  Nama ikan ini ialah tilapia merah, Adam. Ikan tilapia spesies ini mudah       A
                                   dipelihara kerana tumbesarannya yang cepat dan berdaya tahan penyakit.       8
                  Adam:            Sudah berapa lamakah pak cik menternak ikan tilapia ini?
                  Pak Cik Halim:  Pak cik telah menternak ikan tilapia ini sejak enam tahun yang lalu dan
                                   dapat menjanakan pendapatan sebanyak RM6000.00 sebulan. Kini, pak cik
                                   mempunyai lima buah kolam ikan tilapia. Setiap kolam mempunyai 4000
                                   ekor ikan. Pak cik akan menjual ikan ini kepada pemborong ikan air tawar
                                   apabila beratnya mencapai 500 gram. Ikan tilapia juga akan dijual di pasar
                                   tani dan di pasar borong.
                  Adam:            Oh, begitu! Apakah jenis masakan yang sesuai untuk ikan ini, pak cik?
                  Pak Cik Halim:  Ikan tilapia boleh dimasak dalam pelbagai cara seperti digoreng, dikukus,
                                   dimasak kari dan dibakar. Isi ikan tilapia sangat enak, segar, dan mempunyai
                                   kandungan protein yang tinggi. Harganya pula berpatutan.
                  Adam:            Nampaknya, pak cik seorang penternak ikan air tawar yang berjaya. Selain
                                   daripada menjual ikan tilapia segar, apakah produk berasaskan ikan yang
                                   dihasilkan?
                  Pak Cik Halim:  Pak cik telah mengembangkan perniagaan dengan memproses isi ikan
                                   untuk dijadikan nuget ikan, jejari ikan dan filet ikan. Selain itu, produk
                                   berasaskan ikan tilapia juga dieksport ke negara Singapura.
                  Adam:            Wah, penternakan ikan air tawar ini sangat berpotensi dan menguntungkan!
                                   Saya pun mahu menjadi penternak ikan yang berjaya satu hari nanti.
                  Pak Cik Halim:  Boleh, Adam. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Jom kita ke kolam
                                   ikan tilapia merah yang di hujung sana pula.

                                        PERKASA ILMU                                Sekiranya anda seorang petani,
                                                                                    apakah langkah-langkah yang
                  Ikan tilapia ialah sejenis ikan daripada spesies keluarga Cichlidea.   diambil untuk memastikan hasil
                  Habitat ikan tilapia merah atau nama saintifiknya Oreochromis     pertanian anda dapat dipasarkan
                  niloticus ialah di kawasan air tawar atau air payau seperti tasik,   secara meluas di seluruh negara?
                  anak sungai dan muara sungai. Saiz ikan yang sesuai untuk
                  dipasarkan ialah 22 cm atau apabila beratnya mencapai 400 gram
                  hingga 500 gram.

                         5.4.1                                                                       95
                                                                                                     95
   104   105   106   107   108   109   110   111   112   113   114