Page 110 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 110
Bacaan Luas
Teknologi Nano Inovasi Pertanian
“Nano” berasal daripada perkataan Yunani yang bermaksud kecil. Jika diterjemahkan dalam
bentuk ukuran, satu nano bersamaan satu per bilion meter. Nano juga disebut sebagai ilmu
halus kerana saiznya yang sangat kecil. Teknologi nano banyak memberikan manfaat kepada
manusia melalui perubatan, komunikasi, pembuatan, dan pelbagai aspek dalam kehidupan
masyarakat moden. Jika 50 tahun lalu teknologi ini merupakan angan-angan seorang ahli sains
T
E yang bernama Richard Feynman, kini teknologi ini telah menjadi kenyataan. Malaysia tidak
M ketinggalan melibatkan diri dalam arus perkembangan teknologi nano dengan menubuhkan
A Inisiatif Nanoteknologi Nasional (INN) pada 19 September 2006.
Sektor pertanian juga telah menggunakan teknologi nano ini. Teknologi nano mempunyai
8 potensi untuk membangunkan sektor pertanian negara. Terdapat banyak masalah dalam sektor
pertanian yang dapat ditangani dengan baik oleh penggunaan teknologi nano seperti ancaman
penyakit dan penurunan produktiviti. Teknologi nano membantu usaha pengesanan penyakit
tumbuhan melalui penciptaan alat diagnostik. Pengesanan penyakit tumbuhan pada
peringkat awal penting untuk melindungi hasil pertanian daripada jangkitan bakteria, kulat,
dan virus. Pemeriksaan dan rawatan pertanian melibatkan pengesanan vektor, pengawalan
serangga perosak, dan pemantauan penyakit.
Serangan penyakit seperti Cucumber Mosaic Virus (CMV) dapat diatasi dengan teknik
pengesanan secara nanobiosensor. Virus ini menyerang tanaman seperti cili, timun, tomato,
dan tembakau. MARDI turut menggunakan teknologi nano untuk mengesan CMV ini. Selain
itu, alat ini juga digunakan untuk mengesan sisa antibiotik dalam produk ayam segar. Oleh
itu, teknologi nano perlu dimajukan dan diperluas dalam inovasi pertanian negara.
(Kajian MARDI)
Sila layari laman sesawang ini untuk maklumat tambahan: http://www.mosti.gov.my/profil/divisions-
departments/bahagian-bioteknologi-kebangsaan-biotek
96
96
96

