Page 125 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 125

Membaca



                                                    Anugerah Alam



                                    AKTIVITI
                         1. Huraikan maklumat penting yang
                           terdapat dalam petikan yang diberikan.
                         2. Secara berkumpulan, baca teks dengan                                                T
                           sebutan dan intonasi yang betul.                                                     E
                                                                                                                M
                           Mengapakah tempat ini sesuai sebagai                                                 A
                           lokasi tarikan pelancong? Jelaskan
                           pendapat anda.                                                                      10



















                  Malaysia bumi bertuah. Banyak anugerah semula jadi yang dimiliki oleh Malaysia dapat
                  dijadikan destinasi pelancongan. Satu daripada sumber alam semula jadi yang mampu menjadi
                  daya penarik pelancong ialah Air Terjun Sungai Chiling yang terletak di tengah-tengah hutan
                  simpan negeri Selangor. Air Terjun Sungai Chiling ini terletak di Kuala Kubu Bharu, Selangor.
                      Air Terjun Sungai Chiling merupakan satu daripada air terjun tercantik di negeri Selangor.
                  Air terjun ini mempunyai tiga tingkat. Perjalanan dari pintu masuk kawasan Sungai Chiling
                  untuk sampai ke air terjun mengambil masa kira-kira satu jam selepas lima kali menyeberang
                  jeram. Air jeram ini agak deras dan dalam jika hari hujan.
                      Pemandangan di sepanjang perjalanan ke kawasan Air Terjun Sungai Chiling dari
                  Kuala Kubu Bharu sangat memukau kerana terdapat sebuah tasik yang sangat luas. Tasik
                  ini merupakan Empangan Sungai Selangor. Terdapat juga pengunjung yang singgah di tasik
                  ini selepas ke Air Terjun Sungai Chiling.
                      Kawasan sungai di sekitar Air Terjun Sungai Chiling ini juga dikenali sebagai Santuari
                  Ikan Kelah kerana kawasan ini telah diwartakan sebagai tempat perlindungan ikan kelah.
                  Kita akan dapat melihat banyak ikan kelah semasa melintasi sungai-sungai di kawasan air
                  terjun ini.
                      Anugerah alam ini haruslah kita pelihara. Kita akan kehilangan aset penting yang menjadi
                  sumber kepada industri pelancongan di negara kita jika kelestarian alam ini tidak diutamakan.


                                                                                                    111
                         2.2.3                                                                      111
   120   121   122   123   124   125   126   127   128   129   130