Page 130 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 130

Membaca

                                                Seronoknya di Inap Desa


                                                          Muhaimin dan rakan-rakan telah berkesempatan
                                   AKTIVITI               untuk merasai keadaan hidup di desa, iaitu melalui
                          Baca dan kenal pasti idea utama dan  Program Inap Desa.
                          idea sampingan berdasarkan bahan.


           T        Sabtu (Hari Pertama)
           E        9:00 pagi
           M        Kami tiba di Inap Desa Al-Habshi di Bandar Maharani Muar,
           A        Johor. Kami disambut dengan persembahan kumpulan
          10        Samrah Arab dan diajak menari bersama-sama. Kami
                    dijamu dengan kuih-muih tradisional, lontong, sate, dan
                    laksa Johor. Kami bersalam-salaman dengan penduduk
                    setempat dan berbual-bual mesra.

                    10:00 pagi
                    Kami dibawa untuk mengikuti aktiviti kehidupan di kampung. Kami dapat merasai
                    keseronokan mandi air kolah dan tidur berbaring di atas tikar mengkuang. Kami juga
                    dibawa menikmati suasana di bendang sambil mengail dan menangkap ikan sepat. Ikan
                    yang ditangkap dibawa pulang untuk dimasak sebagai juadah makan tengah hari.
                    3:00 petang
                    Kami dibawa melawat ke sebuah perkampungan di Parit Jawa sambil menyaksikan adat
                    istiadat masyarakat Jawa. Kami juga berkesempatan menaiki bot persiaran di Sungai Muar
                    sambil menyusuri keindahan bandar Muar. Sebelum pulang ke inap desa, kami sempat
                    singgah di Tanjung Ketapang untuk melihat keindahan matahari terbenam.

                    8:00 malam
                    Kami dibawa ke Sabak Awor untuk menjamu selera. Ikan bakar di sini sungguh sedap.
                    Sambil makan kami dihiburkan dengan persembahan ghazal.
                    Ahad (Hari Kedua)
                    6:30 pagi
                    Kami bangun awal pagi dan mandi. Setelah itu, kami bersarapan. Sebelum kami bertolak
                    pulang, kami berpeluang untuk membeli buah tangan hasil produk tempatan.
                           TEROKA MINDA                                 PERKASA ILMU

                           Sediakan satu
                           bentuk pakej aktiviti   Definisi rasmi bagi inap desa menurut Kementerian Pelancongan dan
                           inap desa yang     Kebudayaan Malaysia (1995) ialah: ‘...di mana pelancong tinggal bersama-sama
                           menarik di tempat   dengan keluarga tuan rumah dan mempelajari gaya hidup serta budaya mereka
                           tinggal anda.      sama ada secara langsung atau tidak langsung’.
                                                (Sumber: http://www.ukm.my/fep/perkem/pdf/perkemVI/PERKEM2011-2-5D5.pdf)


                    11 6           2.3.1
                    116
   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134   135