Page 164 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 164

Tatabahasa



                                           Suci dan Bersih Tanpa Sempadan


                                                             Muhaimin berpeluang untuk menonton sebuah
                                     AKTIVITI                program bual bicara di kaca televisyen yang
                          Fahami dan senaraikan frasa nama yang   membicarakan isu halal dan pemberian sijil halal.
                          terdapat dalam petikan, kemudian bina
           T              ayat bagi menjelaskan maksudnya.
           E
           M
           A        Wartawan:       Masyarakat hari ini memerlukan satu penerangan yang tuntas daripada
                                    Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berkenaan dengan isu halal
          13                        dan haram ini.  Jadi, sejauh manakah JAKIM memberikan sijil halal kepada

                                    pihak yang memohon?
                    Tuan Sahlan:  Pensijilan halal hanya dilakukan oleh JAKIM dan Jabatan Agama Islam
                                    Negeri.
                    Wartawan:       Bagaimanakah pula dengan prosesnya?
                    Tuan Sahlan:  Apabila menerima permohonan, kami, pegawai jabatan agama, akan
                                    meneliti permohonan tersebut sehingga akar umbi.
                    Wartawan:       Maksud tuan?
                    Tuan Sahlan:  Maksud saya, kami mengambil kira sumber produk yang diambil, termasuk
                                    bahan atau ramuan yang digunakan untuk memasaknya. Keadaan kilang
                                    juga penting, iaitu mesti bersih dan suci. Boleh saya teruskan?
                    Wartawan:       Silakan, tuan.
                    Tuan Sahlan:  Sebenarnya, perkara yang kami tekankan ialah kod pakaian dan pekerjaan
                                    berlandaskan Islam. Oleh itu, semua pekerja perlu mematuhi peraturan
                                    yang ditetapkan.
                    Wartawan:       Bagaimanakah pula pihak tuan menolak sesuatu permohonan itu?
                    Tuan Sahlan:  Pihak kami menolak sesuatu permohonan jika premis tersebut tidak
                                    mempraktikkan amalan penyembelihan secara Islam mahupun tidak
                                    menyediakan makanan yang sewajarnya kepada binatang ternakan tersebut.
                    Wartawan:       Terima kasih, Tuan Sahlan. Sebelum saya mengakhiri wawancara kita pada
                                    pagi ini, apakah yang ingin tuan katakan tentang pensijilan halal ini?
                    Tuan Sahlan:  Kita rakyat Malaysia perlu berbangga kerana kini Pensijilan Halal Malaysia
                                    telah dikenali di seluruh dunia.

                                                                      (Sumber: Diubah suai daripada Sinar Online,
                                                                                                22 Jun 2014)

                            Pada pendapat anda, mengapakah sijil halal
                            penting bagi sesebuah kedai makanan atau
                            produk yang dipasarkan?


                    150             5.4.1
                    150
   159   160   161   162   163   164   165   166   167   168   169