Page 161 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 161

Membaca

                                        Industri Kecil Kuih Bakar Kemboja


                                                                      Damia  terlihat  paparan  kuih  bakar
                                       AKTIVITI                       kemboja Puan Mas di Facebook. Damia
                        1. Baca dan lakonkan dialog di bawah.         cuba berkomunikasi secara santai dengan
                        2. Anda dan rakan sekelas anda bercadang untuk   Puan Mas melalui Facebook. Puan Mas
                           mengadakan lawatan ke IKS. Sediakan surat   merupakan pengusaha Industri Kecil dan
                           permohonan lawatan tersebut.               Sederhana (IKS) di Banting, Selangor.     T
                                                                                                                E
                                                                                                                M
                                                                                                                A

                                                                                                               13
                   Damia:      Puan Mas, kami murid Sekolah Menengah Kebangsaan Impian Jaya, bercadang untuk membuat
                             lawatan ke kilang milik Puan Mas.
                   Puan Mas:   Oh, bagus tu! Apakah tujuan lawatan ini, Damia?
                   Damia:      Kami mahu melihat proses pembuatan kuih bakar kemboja di kilang Puan Mas. Puan Mas sendiri
                             pernah mendapat anugerah tokoh IKS. Perniagaan Puan Mas juga sangat maju.
                   Puan Mas:   Terima kasih, Damia. Bilakah Damia bercadang untuk datang melawat ke sini?
                   Damia:      Bulan depan, Puan Mas. Boleh saya tahu prosedur untuk membuat lawatan ke sana?
                   Puan Mas:   Damia perlu hantarkan surat permohonan ke pejabat urusan kami. Sebaik-baiknya, gunakan surat
                             rasmi sekolah ya.
                   Damia:      Baiklah. Boleh saya dapatkan alamat pejabat urusan Puan Mas?
                   Puan Mas:   Damia boleh dapatkannya di blog saya. Ada tertera di bahagian atas blog tersebut. Dalam blog tersebut
                             juga telah saya kongsikan peta lokasi Google kilang kami agar pengunjung mudah datang ke sini.
                             Nombor telefon saya juga ada tertera di situ.
                   Damia:      Oh, begitu! Baiklah Puan Mas. Bilakah hari
                             yang sesuai untuk kami ke sana?
                   Puan Mas:   Saya cadangkan Damia dan rombongan
                             sekolah datang pada hari bekerja. Kalau pada
                             hujung minggu kilang agak sesak dengan
                             pengunjung yang lain.
                   Damia:      Baiklah, terima kasih, Puan Mas. Nanti saya
                             maklumkan butiran lawatan kami melalui
                             surat rasmi sekolah.
                   Puan Mas:   Sama-sama. Baiklah, Damia. Saya tunggu
                             surat rasmi daripada pihak sekolah Damia.
                             Jumpa lagi nanti.






                                 TEROKA MINDA                          Huraikan kebaikan menjalankan
                         Cadangkan cara-cara lain untuk                perniagaan melalui Facebook.
                         mendapatkan maklumat tentang IKS.



                                                                                                    147
                         2.2.2                                                                      147
   156   157   158   159   160   161   162   163   164   165   166