Page 163 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 163

Seni Bahasa


                                             Cantik, Sihat, dan Bermutu


                                                               Fariza dan ibunya pergi ke gerai kesihatan
                                     AKTIVITI                  dan kecantikan di Bazar Cita Rasa Herba
                        1.   Fahami dan senaraikan perbandingan   Tradisi Antarabangsa di Putrajaya. Di sana,
                            semacam daripada teks di bawah.    Fariza telah membaca brosur yang berkaitan
                        2.   Cipta iklan dengan menggunakan    dengan produk perubatan herba.                   T
                            perbandingan semacam.                                                               E
                                                                                                                M
                                                                                                                A
                                  Herba Tradisi                                                                13

                                  Kemunculan produk herba di pasaran hari ini seperti cendawan
                                  tumbuh selepas hujan. Hal ini membuatkan produk perubatan
                                  dan herba semakin mendapat tempat di hati pengguna.
                                  Pengusaha-pengusaha yang bijak bagaikan pendeta, sepantas   Limau nipis
                    Daun pandan   kilat mencipta pelbagai bahan berasaskan herba untuk   (Citrus aurantifolia)
                     (Pandanus    menghasilkan produk perubatan secara komersial, terutamanya
                      odorus)     yang melibatkan kecantikan dan kesihatan demi mendapatkan
                                  keuntungan yang berlipat ganda.
                                  Tahukah anda?

                                  Sejak turun-temurun lagi, pemakanan herba telah pun menjadi
                                  amalan untuk mengatasi segala masalah kesihatan mahupun   Pegaga
                                  kecantikan. Hari ini, terdapat banyak produk penjagaan diri   (Centella asiatica)
                                  seperti bedak muka yang dapat menjadikan kulit muka halus
                                  macam baldu. Begitu juga dengan penghasilan losen herba yang
                                  membolehkan kulit kelihatan lembut dan gebu seperti kapas.
                                     Selain itu, terdapat juga syampu-syampu rambut berasaskan
                                  herba digunakan khas untuk rambut yang ikal seperti mayang.
                                  Bau-bauan syampu ini pula harum seperti bunga. Pengguna
                                  kian menerima produk perubatan dan herba halal ini sebagai
                     Daun sirih   pilihan terbaik mereka. Oleh sebab produk ini semakin diyakini,   Pudina
                     (Piper betle)  pasarannya kini bukan sahaja tersebar luas di dalam negara   (Mentha arvensis)
                                  malah pada peringkat antarabangsa.





                                                       PERKASA ILMU

                   10 jenis herba yang berpotensi untuk dikomersialkan ialah tongkat ali, pegaga, mengkudu, dukung anak,
                   kacip fatimah, halia, misai kucing, hempedu bumi, mas cotek, dan limau purut.


                                                             (Sumber: Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani)

                         4.2.1                                                                      149
                                                                                                    149
   158   159   160   161   162   163   164   165   166   167   168