Page 179 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 179

Menulis



                                                                     Pembelajaran Abad Ke-21
                                      AKTIVITI

                        Tulis ringkasan tentang ciri-ciri pembelajaran   Pembelajaran abad ke-21 merupakan
                        abad ke-21 berdasarkan bahan.             suatu bentuk transformasi dalam sistem
                                                                  pendidikan. Kemahiran dan pengajaran
                  abad ke-21 merujuk beberapa kompetensi teras, iaitu kolaboratif, celik digital, kemahiran
                  berfikir, dan penyelesaian masalah.                                                           T
                      Pembelajaran abad ke-21 merupakan pembelajaran berpusatkan murid. Di dalam bilik darjah,   E
                  murid perlu aktif menjalankan aktiviti pembelajaran. Aktiviti pembelajaran bukan lagi         M
                  dipimpin oleh guru semata-mata tetapi turut melibatkan peranan murid bagi menjayakan          A
                  sesuatu proses pembelajaran. Murid juga perlu bijak mencari bahan dan aktif bersoal jawab    14
                  dengan guru semasa pembelajaran.
                      Pembelajaran  secara  kolaboratif  juga  penting  dalam  pembelajaran  abad  ke-21.
                  Pelaksanaannya boleh dilakukan antara guru dengan murid, murid dengan murid ataupun
                  murid dengan teknologi maklumat. Pembelajaran secara kolaboratif dapat mengubah suasana
                  pembelajaran menjadi lebih aktif dan menyeronokkan. Mereka akan bantu-membantu untuk
                  menyelesaikan masalah pembelajaran.
                      Selain itu, pembelajaran abad ke-21 juga mempunyai matlamat supaya murid dapat
                  mengaplikasikan pelbagai kemahiran semasa pembelajaran dan pengajaran. Mereka akan
                  menguasai kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran berbahasa, dan kemahiran reka
                  cipta dengan baik.
                      Seterusnya, murid juga dapat belajar secara hands on sehingga mampu menghasilkan
                  sesuatu. Pembelajaran secara teori sahaja tidak digalakkan dalam pembelajaran abad ke-21.
                  Murid perlu menghasilkan sesuatu seperti membuat pembentangan kertas kerja, memberikan
                  pendapat, menghasilkan model projek, dan sebagainya. Mereka juga mestilah mempunyai
                  keyakinan diri yang tinggi dan berani. Hasil tugasan murid dinilai secara pentaksiran sumatif
                  bukan hanya secara formatif.
                      Akhir sekali, pembelajaran abad ke-21 juga mementingkan aspek Kemahiran Berfikir
                  Aras Tinggi (KBAT) dan peta pemikiran i-Think.
                  Kesemua alat pemikiran ini hendaklah digunakan
                  dalam strategi pembelajaran abad ke-21. Hal ini akan
                  membantu murid berfikir secara kreatif dan kritis.
                  Apabila murid berfikir secara kreatif dan kritis, maka
                  banyak reka cipta dan inovasi dapat dihasilkan.
                      Kesimpulannya, pembelajaran abad ke-21 sangat
                  penting bagi melahirkan modal insan terbilang yang
                  mampu bersaing pada peringkat global. Modal insan
                  yang sempurna pasti dapat menaikkan nama negara
                  di persada antarabangsa.



                                                                                                    165
                         3.5.1                                                                      165
   174   175   176   177   178   179   180   181   182   183   184