Page 182 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 182

Bacaan Luas



                                    Disiplin Menjanakan Kecemerlangan Murid

                    Disiplin penting untuk menjanakan kecemerlangan murid. Pembentukan sahsiah murid
                    bermula daripada disiplin yang jitu. Saban tahun kita dikejutkan oleh isu masalah disiplin
                    di  sekolah. Para ibu bapa, guru, dan masyarakat bimbang sekiranya masalah disiplin,
                    contohnya ponteng sekolah, merokok, buli, gengsterisme, dan vandalisme akan merebak
                    dan sukar dikawal. Disiplin yang mantap dapat dibentuk sekiranya warga sekolah sentiasa
           T
           E        mematuhi dan menghormati peraturan sekolah.
           M           Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia sentiasa memandang serius isu disiplin murid
           A        di sekolah. Pelbagai usaha telah digarap untuk membendung masalah disiplin dalam
                    kalangan murid. Data disiplin murid sentiasa dipantau dan dikemas kini dengan kerjasama
          14        pihak sekolah. Pihak sekolah bertanggungjawab untuk menguruskan disiplin murid dengan

                    bantuan sarana ibu bapa. Tindakan disiplin dan hukuman yang dikenakan kepada murid
                    yang melakukan kesalahan tertakluk pada School Regulation 1951, Ordinan Pelajaran
                    1957, Peraturan Pelajaran 1959, dan Pekeliling Ikhtisas yang dikeluarkan oleh Kementerian
                    Pendidikan Malaysia dari semasa ke semasa. Menurut Pekeliling Ikhtisas Bilangan 10/2001,
                    bertarikh 24 September 2001, semua guru ialah guru disiplin. Semua guru bertanggungjawab
                    menangani masalah disiplin murid.
                       Pihak sekolah telah menetapkan garis panduan peraturan di sekolah untuk memastikan
                    masalah disiplin dapat dikawal dengan berkesan. Setiap sekolah mempunyai buku peraturan
                    sekolah masing-masing. Buku peraturan sekolah ini menjadi rujukan kepada warga sekolah
                    dan hendaklah dipatuhi. Bagi murid yang terlibat dalam salah laku, mereka boleh dikenakan
                    beberapa bentuk hukuman mengikut jenis kesalahan. Sebagai contohnya, murid tersebut
                                                           diberi surat amaran, didenda, dirotan, digantung
                                                           persekolahan, dan dibuang sekolah. Murid yang
                                                           melakukan  kesalahan  berat  seperti  membuli,
                                                           merokok, mencuri, dan sebagainya boleh dibuang
                                                           sekolah dan dirotan. Bagi kesalahan ringan pula,
                                                           murid akan dirujuk dahulu kepada Unit Bimbingan
                                                           dan Kaunseling.
                                                              Kesimpulannya,  semua  pihak  hendaklah
                                                           bekerjasama untuk menangani masalah disiplin
                                                           di sekolah. Hal ini dinyatakan demikian kerana
                                                           tanpa disiplin yang mantap, proses pembelajaran
                                                           dan pengajaran pasti sukar dilaksanakan. Hasrat
                                                           untuk  melahirkan  generasi  yang  bijak  dan
                                                           bersahsiah tinggi sudah pasti akan menjadi impian
                                                           belaka.

                                                           (Sumber: Diubah suai daripada Buku Peraturan Sekolah,
                                                           Kementerian Pendidikan Malaysia)
                    168
                    168
   177   178   179   180   181   182   183   184   185   186   187