Page 196 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 196

Unit        31Kerjaya Impian






                           Mendengar dan Bertutur




                                                            AKTIVITI
                         Nyanyikan boria tersebut dan berbincang dengan rakan tentang kerjaya berdasarkan bahan.
           T
           E
           M
           A
                              Boria Mari Bekerja
          16           Salam sejahtera kami ucapkan,

                       Kepada guru rakan dan taulan,
                       Boria Sri Siantan buat persembahan,
                       Petah bicara tentang pekerjaan.


                       Pemimpin negara berjati diri,
                       Sedia berkhidmat serata negeri,
                       Jasa dan budi tiada terperi,
                       Rela berbakti setiap hari.

                       Ilmu diberi insan dididik,
                       Agar semua menjadi cerdik,
                       Sabar selalu tiada herdik,
                       Guru cemerlang generasi terdidik.

                       Setiap masa sedia berkhidmat,
                       Sakit dan demam diubati cepat,
                       Pesakit sembuh bertambah sihat,
                       Wajah berseri sihat walafiat.

                       Penjenayah diburu dengan segera,
                       Bergadai nyawa demi negara,
                       Disiplin diri sentiasa terpelihara,
                       Rakyat selamat negara sejahtera.


                       Merafak sembah bermohon diri,
                       Karangan boria kami akhiri,
                       Kerjaya hebat mesti dicari,                             TEROKA MINDA
                       Boria Sri Siantan mengundur diri.               Jelaskan kerjaya impian anda.
                                      (Ummi Solehah, 2016)



                    182             1.7.1
   191   192   193   194   195   196   197   198   199   200   201