Page 193 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 193

Tatabahasa



                                                  Kucinta Bahasaku


                                                                               Bandingkan dan bezakan skrip
                                      AKTIVITI                                 sketsa dengan skrip drama.
                        1.  Senaraikan kata seru, kata tanya, kata perintah,
                           kata pembenar, dan kata pangkal ayat.
                        2.  Tulis skrip sketsa.                                                                 T
                                                                                                                E
                   Segmen                            Skrip                                Peranan               M
                                                                                                                A
                      1      Selamat sejahtera, salam pencinta bahasa.                     Semua

                      2      Adapun bahasa seperti jambangan bunga yang mekar,                                 15
                             maka pesonanya semerbak membestarikan bangsa                  Semua
                             kelak mewangi di persada dunia.
                      3      Bagaimana?                                                     Solo
                             Alkisah cinta bahasa untuk memartabatkan bahasa.       Beramai-ramai perempuan
                             Oh, cinta?                                               Beramai-ramai lelaki
                             Cintailah bahasa kita.                                 Beramai-ramai perempuan
                             Benar. Bahasa lambang budaya.                                  Solo
                             Eh, jangan lupa! Bahasa Jiwa Bangsa. Usah lupa akan sejarah lama.   Semua
                      4      Sejarah apa?                                                   Solo
                             Arakian bahasa kita pernah digunakan sebagai bahasa diplomasi.   Beramai-ramai perempuan
                             Wah, hebatnya bahasa Melayu, bahasa kelas dunia!         Beramai-ramai lelaki
                             Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga, yang baik itu budi, yang   Semua
                             indah itu bahasa, pantun lama tinggi kiasannya.
                      5      Aduhai, semua penutur bahasa Melayu. Negara tanpa bahasa   Beramai-ramai perempuan
                             seperti negara tiada martabatnya!
                             Betul kata kalian.                                             Solo
                             Gunakanlah bahasa kebangsaan kita, marilah amalkan ramai-ramai.   Semua
                      6      Siapakah yang boleh menggunakan bahasa kita selain orang Melayu?   Solo
                             Orang Cina                                             Beramai-ramai perempuan
                             Awak apa khabar?                                         Beramai-ramai lelaki
                             Orang India                                            Beramai-ramai perempuan
                             Saya khabar baik.                                        Beramai-ramai lelaki
                             Syabas Malaysia!  Kini gemilang pasti digenggam.              Semua

                      7      Bahasa kita tanggungjawab                                      Solo
                             Kita                                                          Semua
                             Dengar sini!                                                   Solo
                             Mengapa?                                                      Semua
                             Ayuh, pertahankan bahasa. Sila jaga tutur kata kita.           Solo
                             Pengikat rumpun Malaysia.                                     Semua


                         5.1.3                                                                      179
   188   189   190   191   192   193   194   195   196   197   198