Page 198 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 198

Menulis

                              Jururawat Lelaki Kerjaya Istimewa


                                                Hari Jururawat Sedunia disambut
                              AKTIVITI          pada 12 Mei setiap tahun. Hal ini
                          Tulis ringkasan       menunjukkan bahawa masyarakat sentiasa menghargai jasa
                          berdasarkan bahan.    jururawat dalam dunia perubatan. Kerjaya jururawat ialah
                                                pekerjaan yang mulia dan profesional. Dahulunya, kerjaya
           T                                    jururawat lebih sinonim dengan kaum wanita. Kini, perubahan
           E        zaman telah membuktikan bahawa kaum lelaki juga diperlukan dalam bidang ini.
           M           Tugas seseorang jururawat adalah untuk membantu para doktor merawat dan menguruskan
           A
                    pesakit. Mereka juga perlu merancang keperluan pesakit mengikut keadaannya dengan
          16        pemantauan para doktor. Jururawat lelaki amat diperlukan untuk bekerja dalam situasi
                    yang berisiko. Selain itu, di beberapa buah hospital, jururawat lelaki banyak ditempatkan
                    di unit kecemasan dan trauma. Hal ini disebabkan mereka cenderung mengambil tindakan
                    yang praktikal serta tidak mudah mengalami gangguan emosi atau berputus asa semasa
                    menjalankan tugas.
                       Selain itu, jururawat lelaki juga lebih sesuai mengendalikan pesakit yang agresif dan
                    sukar dikawal. Kadangkala, pesakit ini boleh mencederakan orang lain. Dalam sesetengah
                    kes, masalah berat badan atau obesiti dalam kalangan pesakit menyebabkan jururawat lelaki
                    diperlukan untuk membantu pesakit sedemikian.
                       Kehadiran jururawat lelaki memberikan pilihan kepada pesakit untuk menerima bantuan.
                    Terdapat pesakit lelaki yang lebih selesa diuruskan oleh jururawat lelaki. Hal ini dinyatakan
                    demikian kerana bagi sesetengah pesakit, mereka berasa malu sekiranya diuruskan oleh
                    jururawat wanita.
                       Jururawat lelaki mempunyai keupayaan untuk mengendalikan peralatan yang lebih
                    canggih dan memerlukan tenaga yang lebih berbanding dengan jururawat wanita. Lebih-lebih
                    lagi, pada era ini, teknologi perubatan banyak menggunakan peralatan yang pelbagai fungsi.
                    Sesetengah peralatan ini bersaiz besar dan berat.
                       Kesimpulannya, kaum lelaki tidak perlu lagi berasa malu untuk menceburi bidang ini. Minat
                    yang mendalam pasti akan membantu mereka menjadi jururawat yang hebat dan berdedikasi.

                                                         PERKASA ILMU

                     Syarat-syarat untuk menjadi jururawat:
                     •  Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang daripada 17 tahun tetapi tidak melebihi 25
                       tahun pada tarikh tutup permohonan.
                     •  Kelayakan:
                       –  Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan
                       –  Kepujian dalam mata pelajaran Matematik, Sains dan tiga mata pelajaran lain
                       –  Lulus Bahasa Melayu dan Ujian Lisan Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia
                         (SPM), atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan Malaysia



                    184             3.5.1
                    184
   193   194   195   196   197   198   199   200   201   202   203