Page 46 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 46
Membaca
Generasi Pewaris
Musliha mengetuai bacaan ikrar bersempena dengan sambutan Minggu Perpaduan di sekolahnya.
AKTIVITI
Baca ikrar yang diberikan dengan
T sebutan dan nada yang betul serta
E
M kepantasan yang sesuai. Ikrar Satu Harapan
A
Kami, pewaris nusa bangsa, dengan ini berikrar, akan bersatu dan berganding
3 bahu, memperjuangkan nilai kemuafakatan dan kemakmuran bersama, dengan
mempraktikkan prinsip-prinsip yang berikut:
• Mempererat hubungan antara kaum dan pelbagai lapisan masyarakat;
• Menolak rasisme demi memupuk satu gagasan masyarakat majmuk;
• Mengiktiraf hak rakyat di sisi undang-undang bagi menzahirkan masyarakat
yang aman, stabil, makmur, dan selamat;
• Memperoleh pendidikan yang berkualiti untuk membentuk modal insan
yang mulia demi mengukuhkan perpaduan nasional; dan
• Memperkukuh institusi keluarga dan memperkasakan peranan golongan
muda dalam pembinaan negara jaya.
Tahukah Anda?
Ikrar bermaksud pengakuan yang
berupa janji, yang dilafazkan dengan
bersungguh-sungguh, yang biasanya
disertai dengan sumpah.
PERKASA ILMU
Apakah ikrar integriti korporat?
Ikrar integriti korporat ialah satu dokumen yang Jelaskan tindakan anda untuk
membolehkan sesebuah syarikat menzahirkan memperkukuh perpaduan dalam
komitmen mereka untuk menegakkan prinsip kalangan remaja.
antirasuah sesama badan korporat di Malaysia.
32 2.1.1

