Page 50 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 50

Penilaian


                                                Amalan Rumah Terbuka


                     Aktiviti 1
                     Berdasarkan petikan di bawah, kenal pasti kata ganda penuh, kata ganda penuh
                     berimbuhan, dan kata ganda majmuk.

                    Amalan rumah terbuka sangat penting dalam memupuk semangat perpaduan antara kaum
           T        di Malaysia. Apabila tetamu berkunjung ke rumah terbuka sesuatu kaum, mereka akan
           E        dapat melihat dan menyaksikan budaya masyarakat yang berbeza. Misalnya, ketika rumah
           M        terbuka Aidilfitri, pengunjung-pengunjung bukan Melayu dan yang tidak beragama Islam
           A        akan mengetahui budaya atau cara hidup masyarakat Melayu dari aspek makanan, pakaian,
           3        hiasan serta hati budi masyarakat Melayu. Tidak dinafikan bahawa masyarakat bukan
                    Melayu yang datang akan teruja dengan hidangan masakan Melayu. Di rumah terbuka
                    ini, terdapat makanan-makanan yang berlainan rasa dan rupa.  Ada rendang, ketupat, soto,
                    lemang dan sebagainya. Tidak terkecuali kuih-muih dan biskut-biskut tradisi mahupun
                    yang moden. Pelancong-pelancong asing yang datang juga boleh mengenali budaya dan
                    belajar tentang gaya pemakaian orang Melayu. Mereka juga dapat mengenali pelbagai jenis
                    makanan mengikut negeri-negeri yang ada di negara ini. Bukan itu sahaja, ketika rumah
                    terbuka ini, kita akan dapat melihat kerenah para tetamu yang mencuit hati. Ada yang
                    bersalam-salaman, berbual-bual dan tegur-menegur antara satu dengan yang lain sambil
                    menikmati juadah yang ada. Hal ini secara tidak langsung dapat mempererat perpaduan
                    kaum di negara ini.



                     Aktiviti 2
                     Analisis kesalahan bahasa yang terdapat dalam petikan di bawah.

                    Sebenarnya, ada keistimewaan yang tersembunyi di sebalik amalan rumah terbuka,
                    diantaranya  ialah  dapat  memupuk  semangat  kekitaan  dan  kejiranan. Warga  kota
                    misalnya, mereka tidak mempunyai banyak masa untuk berkenal-kenalan dengan lebih
                    rapat dengan jiran mereka. Hal ini disebabkan kesibukan mereka mengejar masa dan
                    kerjaya. Oleh itu, tradisi rumah terbuka ini secara tidak langsung merapatkan hubungan
                    antara jiran tetangga. Inilah peluang untuk mereka ambil tahu tentang jiran sekeliling.
                        Era globalisasi kini sudah banyak menjarakkan hubungan antara manusia. Adanya
                    gajet yang canggih boleh membuatkan seorang manusia itu tidak bergaul lagi dengan
                    orang di sekeliling. Situasi seperti ini susah untuk dibendung. Jadi, amalan rumah terbuka
                    sedikit sebanyak memberi ruang kepada ahli kejiranan mengenali jiran-jiran mereka.
                    Hal ini penting bila berlakunya kecemasan. Jiranlah orang yang paling dekat yang dapat
                    membantu kita. Konsep dan matlamat mengadakan rumah terbuka ini amat baik. Kita
                    seharusnya mengamal dan mempraktik budaya ini setiap tahun.



                     36
   45   46   47   48   49   50   51   52   53   54   55