Page 49 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 49
Tatabahasa
Amalan Rukun Tetangga
Segelintir masyarakat metropolitan hari ini bersifat bagai
AKTIVITI enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.
1. Kenal pasti kata Namun begitu, terdapat sesetengah masyarakat di bandar yang
nama berimbuhan penghuninya mengambil berat antara satu sama lain. Mereka
awalan dan akhiran. mempunyai persatuan penduduk yang saling berganding bahu
2. Bina ayat daripada dalam menggerakkan aktiviti bergotong-royong, terutamanya T
E
perkataan tersebut. dalam menjayakan amalan rukun tetangga. M
Amalan rukun tetangga di sesebuah kawasan perumahan A
dapat menunjukkan adanya kesatuan dalam kalangan penduduk kawasan tersebut. Rukun
tetangga juga mencerminkan nilai bersatu hati, persefahaman, dan sikap bertanggungjawab. 3
Kerjasama begini sepatutnya tidak hanya tertumpu pada kaum tertentu malahan perlu juga
melibatkan berbilang kaum. Setiap penghuni haruslah bersikap seperti aur dengan tebing dan
saling mengenali antara satu dengan yang lain. Melalui pendekatan ini, kemuafakatan akan
wujud dan aktiviti rukun tetangga dapat dijayakan.
Tugas sebagai pengawal pada waktu malam sambil menjaga keamanan kawasan
setempat amat memerlukan kerjasama setiap individu. Tugas harian sebegini samalah seperti
tugas seseorang sukarelawan. Pengorbanan yang diberikan dianggap mulia demi menjaga
keharmonian bersama.
Imbuhan Kata Nama
Awalan Akhiran
-an
peN- pe- peR- ke-
mainan
pendua pelari perasap ketua
PERKASA ILMU
Kata berimbuhan ialah perkataan yang
TEROKA MINDA terbentuk daripada proses pengimbuhan, iaitu
1. Huraikan peranan murid dalam menggandingkan imbuhan dengan kata dasar.
mengekalkan keharmonian Kata dasar pula ialah kata yang belum menerima
di sekolah. imbuhan.
2. Jelaskan faedah-faedah menyertai Imbuhan awalan – hadir sebelum kata dasar.
aktiviti rukun tetangga.
Imbuhan akhiran – hadir sesudah kata dasar.
5.3.1 35

