Page 53 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 53

Membaca


                                                  Baju Teluk Belanga


                                                            Baju teluk belanga mula diperkenalkan di Teluk
                                   AKTIVITI                 Belanga, Singapura. Pemakaian baju ini popular
                        1.  Berikan makna perkataan yang    semasa zaman pemerintahan Almarhum Sultan
                           berwarna ungu dengan merujuk     Abu Bakar yang berpindah ke Tanjung Puteri
                           kamus.                           (Johor Bahru).                                      T
                        2.  Cari maklumat tambahan tentang      Baju teluk belanga mempunyai pesak dan          E
                           busana bangsa lain. Kemudian,    kekek. Baju ini dijahit sembat tangan supaya        M
                           jelaskan keistimewaan setiap     kelihatan kemas manakala leher baju berbentuk       A
                           busana tersebut.
                                                            bulat, dipanggil leher bulan-bulan                  4
                  yang dijahit dengan jahitan tulang belut dan berkancing satu. Labuh baju lelaki
                  dan perempuan berbeza. Baju lelaki labuh sehingga bawah pinggang
                  dan berkocek dua manakala baju perempuan pula labuhnya
                  sehingga bawah lutut.
                      Baju teluk belanga untuk lelaki diserikan dengan samping.
                  Terdapat dua cara pemakaian samping, iaitu gaya kain berdagang
                  dalam dan gaya kain berdagang luar. Kain berdagang dalam
                  bagi lelaki adalah untuk rakyat biasa. Kain berdagang yang
                  dipakai di luar baju teluk belanga adalah untuk golongan atasan.
                  Di Johor, seluar yang dipakai bersaiz besar pada bahagian
                  pinggang dan perlu diikat dengan tali.
                      Bagi kaum perempuan pula, pemakaian baju teluk belanga
                  dipadankan dengan kain sarung yang diikat berombak-ombak
                  di rusuk sebelah kiri atau kanan si pemakai. Sehelai kain sarung
                  lain digunakan sebagai kelubung.

                                                      (Sumber: Siti Zainon Ismail,
                                                     Pakaian Cara Melayu, 2009)













                          Bandingkan dan bezakan ciri-ciri baju
                          Melayu cekak musang dengan baju
                          Melayu teluk belanga.

                         2.2.1
                                                                                                     39
                                                                                                     39
   48   49   50   51   52   53   54   55   56   57   58