Page 59 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 59
Menulis
Lenggok Tari Pancaran Budaya
Remaja pada hari ini semakin minat mempelajari
AKTIVITI seni tari. Hal ini dikatakan demikian kerana mereka
Catat isi-isi penting yang terdapat menyedari bahawa tarian mencerminkan identiti
dalam petikan dan tulis ringkasan sesuatu kaum. Remaja yang terlibat dalam seni
dengan menggunakan ayat yang tari memainkan peranan dalam memperkenalkan T
gramatis. budaya warisan negara. E
Remaja berperanan sebagai duta busana M
negara di peringkat antarabangsa. Hal ini bersangkut paut dengan pakaian tradisional pelbagai A
kaum di Malaysia yang diperagakan oleh para penari. Rekaan busana tradisional yang indah 4
dan unik secara tidak langsung telah mengharumkan nama negara ke serata dunia.
Selain itu, remaja yang menyertai pertandingan seni tari di luar negara dapat
mempamerkan kepelbagaian budaya Malaysia. Hal ini terjadi kerana kepelbagaian seni tari
mempunyai falsafah yang tersendiri. Sebagai contohnya, tarian Zapin Tengliu diilhamkan
oleh nelayan yang menari di atas kapal mengikut arus ombak laut. Jelaslah bahawa tarian
boleh menggambarkan citra negara bagi setiap bangsa di negara ini.
Di samping itu, seni tari juga merupakan salah satu cara untuk mempromosikan sektor
pelancongan negara. Hal ini berlaku kerana tarian yang dipersembahkan oleh remaja
disaksikan oleh masyarakat dan pelancong asing.
Sehubungan dengan itu, persembahan tarian dapat
menarik minat masyarakat luar untuk mengetahui
seni dan budaya kita dengan lebih mendalam.
Kesimpulannya, pelibatan remaja dalam seni
tari telah memperkenalkan kepelbagaian budaya
Malaysia di persada antarabangsa. Seni tari bukan
sekadar lenggok badan dan hiburan, bahkan sebagai
paparan jati diri remaja untuk mempertahankan
kebudayaan bangsa.
PERKASA ILMU
Cara menulis ringkasan:
1. Kenal pasti kata kunci dalam arahan.
2. Kenal pasti isi penting dalam teks.
3. Tulis ringkasan dalam satu perenggan.
4. Gunakan penanda wacana.
5. Tulis jumlah patah perkataan di sebelah kanan
dalam kurungan, di bawah ringkasan.
45
3.5.1 45

