Page 64 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 64
Unit 9 Rakyat Berjasa Negara Terbilang
Mendengar dan Bertutur
Sapelele Merantau Jauh IMBAS SAYA
Haliza berbincang dengan Saiful, ketua AKTIVITI
T kumpulan sapelele sekolahnya tentang 1. Berbincang dengan rakan anda tentang
E persediaan untuk membuat persembahan persediaan yang harus dilakukan sebelum
M di Turki. membuat sesuatu persembahan di pentas.
A 2. Tonton video persembahan sapelele dan
Haliza: Hai, Saiful! Apa khabar? berikan ulasan anda tentang persembahan dan
5 Saiful: Khabar baik. Puan Ummi telah keunikan alat muzik tersebut.
memaklumi saya bahawa kita
akan mengadakan persembahan di Turki pada 25 Mei nanti. Puan Ummi juga
menyuruh kita membuat latihan dengan segera.
Haliza: Wah, dapatlah kita ke Turki nanti! Saya tidak sabar hendak memberitahu anggota
kumpulan kita. Mereka pasti gembira mendengar berita ini. Bilakah kita akan
memulakan latihan itu?
Saiful: Kita boleh memulakan latihan pada minggu hadapan. Kamu juga perlu membantu
saya menyusun jadual latihan yang sesuai kerana saya perlu menghadiri latihan
hoki. Puan Ummi juga berpesan agar kita semua dapat hadir semasa sesi latihan.
Haliza: Boleh, Saiful. Apakah yang boleh saya bantu?
Saiful: Kamu bolehlah berjumpa dengan Puan Ummi untuk memilih lagu yang akan
dipersembahkan nanti. Selain itu, tolong maklumi Theevakul agar beliau
memeriksa alat muzik, iaitu sape dan
gitar. Selepas itu, beliau juga perlu PERKASA ILMU
memeriksa bunyi sape agar sesuai Sape ialah alat muzik tradisional masyarakat Orang
dengan lagunya. Ulu di Baram, Miri, Sarawak yang dipercayai
Haliza: Baiklah, Saiful. Saya berharap kita dihasilkan sejak 300 tahun lalu. Sape terkenal dalam
dapat membuat persembahan yang kalangan kaum Kayan dan Kenyah.
terbaik di Turki nanti. Fizikal:
• Panjang: 100 – 130 cm
Saiful: Ya. Terima kasih, Haliza. • Lebar: 20 – 25 cm
• Kedalaman ruang bunyi: 10 cm
• Tali: dua hingga empat utas tali
Jenis kayu:
• Adau, tebuloh, dan jelutung
Jenis lagu:
• Titik Titik Kenai Ujan dan Urau Lalau
Jenis ukiran:
• Patung tuntun, alat senjata, perisai, dan ukiran
topeng
(Sumber: Berita Harian, 28 September 2015 dan
50
50 1.5.1 www.asza.com/CD-store)

