Page 60 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 60
Seni Bahasa
Tasik Garu
Nama Tasik Garu dahulunya Tasik Gaharu.
AKTIVITI Menurut cerita, nama Tasik Gaharu berpunca
1. Nyatakan tema cerita ini. daripada keadaan tasik itu yang selalu
2. Nyatakan dua perwatakan Pak Uda. mengeluarkan asap. Asap itu pula berbau
T sangat harum seperti bau gaharu.
E
M Penduduk kampung gemar menangkap
A ikan di Tasik Gaharu. Ada pula yang berpantang untuk menangkap ikan di Tasik Gaharu.
Jika mereka yang menuba, mereka tidak akan dapat menangkap ikan walau seekor pun.
4 Bagi keluarga Pak Uda, mereka tidak pernah berputus asa. Mereka selalu cuba menangkap
banyak ikan walaupun dengan cara yang boleh merosakkan Tasik Gaharu.
Pada suatu hari, Pak Uda telah pergi menemui seorang dukun yang terkenal dengan
ilmu-ilmu mistik. Pak Uda diberikan seguni kemenyan. Kemenyan itu ditumbuk halus oleh
Pak Uda. Adapun serbuk kemenyan itu ditabur di setiap sudut Tasik Gaharu.
Tidak lama kemudian, berbagai-bagai jenis ikan mulai melompat naik ke daratan. Maka,
bersoraklah Pak Uda melihat keadaan itu. Pada hari itu, Pak Uda berjaya membawa pulang
berkarung-karung ikan.
Sejak peristiwa itu, tiada seorang pun yang berani menangkap ikan di Tasik Gaharu. Sesiapa
sahaja yang mencelupkan kaki atau tangan ke dalam Tasik Gaharu, pasti akan gatal-gatal
di seluruh badannya. Penyakit gatal-gatal itu juga tidak dapat diubati.
Keluarga Pak Uda juga telah diserang penyakit gatal-gatal. Penyakit berkenaan
menyebabkan Pak Uda dan keluarganya tergaru-garu. Pak Uda menghidap penyakit itu
hingga akhir hayatnya. Sejak itulah Tasik Gaharu bertukar menjadi Tasik Garu.
(Sumber: Diubah suai daripada Himpunan 366 Cerita
Rakyat Malaysia, Utusan Publications Sdn. Bhd., 1995)
1. Jelaskan aktiviti manusia yang
PERKASA ILMU
menyebabkan kerosakan sumber
alam sekitar.
Tema ialah gagasan, fikiran, atau persoalan
utama yang mendasari suatu karya sastera 2. Bentangkan pandangan anda
secara langsung atau tidak langsung. tentang penggunaan gaharu dalam
kehidupan masyarakat Malaysia.
46
46 4.1.1

