Page 80 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 80
Tatabahasa
Deruman di Litar
Awal pagi lagi, Fateh dan Rafiq telah bertolak ke Litar Formula
AKTIVITI Satu Sepang. Mereka berasa teruja. Fateh memakai baju-T
Senaraikan kata adjektif merah manakala Rafiq berkemeja hitam. Mereka seronok
warna, bentuk, perasaan, kerana bakal menyaksikan perlumbaan kereta Formula
dan waktu. Satu. Mereka gembira kerana mendapat tempat duduk yang
T
E strategik. Mereka dapat melihat litar yang bengkang-bengkok,
M melengkung dan lurus. Kedengaran pengumuman menyatakan bahawa perlumbaan akan
A dilewatkan. Mereka kecewa seketika.
6 Semua kereta Formula Satu telah berada di litar. Sinaran matahari semakin terik.
Apabila isyarat perlumbaan dibunyikan, pemandu kereta pantas mengejar kereta lawan.
Persaingan antara setiap pelumba juga sangat sengit. Fateh terpegun melihat sebuah
kereta keluaran baharu dipandu oleh pemandu terkenal. Badan kereta itu berkilat dan
sungguh menakjubkan. Kereta hijau yang berbentuk aerodinamik itu kelihatan begitu
bergaya di atas litar.
Fateh dan Rafiq kagum melihat gandar kereta Formula Satu yang
kukuh dan kuat. Fateh pernah membaca sebuah
buku yang menyatakan bahawa kerangka utama
kereta Formula Satu diperbuat daripada gentian
karbon supaya tahan lasak. Maka itu, tidak hairanlah
jika kereta Formula Satu mampu memecut sepuluh
kali lebih pantas daripada kereta biasa.
Fateh dan Rafiq menyaksikan perlumbaan itu
sehingga tamat. Walaupun berpeluh-peluh kepanasan,
namun mereka sangat puas kerana dapat menyaksikan
perlumbaan kereta Formula Satu yang hebat.
PERKASA ILMU
TEROKA MINDA
Lukis reka bentuk kereta idaman Antara Litar Formula Satu terbaik di dunia ialah:
anda pada masa hadapan. 1. Grand Prix Australia – Melbourne Grand Prix
Circuit, Melbourne.
2. Grand Prix Itali – Autodromo Nazionale
Monza, Monza.
Setujukah anda bahawa 3. Grand Prix Monaco – Circuit de Monaco, Monte
penganjuran perlumbaan kereta Carlo.
Formula Satu memberikan kesan 4. Grand Prix Malaysia – Sepang International
positif kepada negara? Berikan Circuit, Kuala Lumpur.
pendapat anda. (Sumber: pandulaju.com.my)
66 5.1.2

