Page 82 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 82

Membaca

                                               Inovasi Pak Pak Bum Bum


                                                    Encik Suman bin Ahmad ialah individu yang kreatif kerana
                               AKTIVITI             menghasilkan pelbagai ciptaan daripada bahan terbuang
                       Fahami teks dan jawab soalan   seperti model helikopter dan kapal terbang di luar halaman
                       pemahaman yang berikut:      rumahnya. Hal ini telah mendorong Yayasan Inovasi
                       1.  Berikan maksud rangkai   Malaysia (YIM) membuat kajian untuk mengetahui proses
           T              kata bahan terbuang.      penghasilan barangan tersebut dengan lebih lanjut.
           E           2.  Apakah  manfaat  filem      Kreativiti beliau telah menarik perhatian YIM, lebih-lebih
           M              X-ray dalam pembuatan     lagi apabila mengetahui bahawa Encik Suman merupakan
           A              kompang?
                                                    inovator kompang. Encik Suman mendapat ilham untuk
           6                           mencipta kompang X-ray oleh sebab ingin membantu persatuan
                                       kompang di kampung beliau membaik pulih kompang yang rosak.
                                       Beliau memperoleh filem X-ray kerana sering ke hospital untuk
                                       mendapatkan rawatan. Percubaan beliau memasang filem X-ray pada
                                       kompang ternyata membuahkan hasil. Usaha Encik Suman telah berjaya
                                       dan diiktiraf oleh YIM pada tahun 2012.
                                           Sehingga kini, permintaan terhadap kompang X-ray beliau semakin
                                       meningkat. Beliau turut menerima tempahan daripada peminat kompang
                                       di Australia. Hal ini berlaku demikian kerana filem X-ray sesuai
                                       digunakan dalam pelbagai keadaan cuaca. Tambahan pula, kompang
                                       yang menggunakan filem X-ray tidak perlu dikeringkan apabila terkena
                                       air atau disedak dengan rotan apabila telah kendur.
                                           Kompang ini merupakan inovasi untuk mengitar semula filem-filem
                                       X-ray yang sebelum ini dibuang oleh para pesakit selepas dianalisis
                                       oleh doktor. Kompang X-ray juga boleh dianggap sebagai inovasi yang
                                       bersifat mesra alam.

                                                         (Temu bual dengan Encik Suman bin Ahmad, 16 April 2016)

                                              1. Jelaskan kepentingan penghasilan inovasi dalam kehidupan manusia.
                                              2. Cipta barangan baharu daripada bahan kitar semula.


                                                         PERKASA ILMU


                    Inovasi ialah sesuatu yang baharu diperkenalkan atau dicipta seperti alat, kaedah, sistem, dan mesin.
                    Mesin Computer Numerical Control (CNC) merupakan satu daripada inovasi baharu di Malaysia. Mesin
                    CNC ialah mesin pemotong besi yang diprogramkan dengan komputer. Mesin ciptaan anak tempatan ini
                    mampu dimiliki oleh syarikat perniagaan kecil kerana harganya jauh lebih murah berbanding dengan
                    harga mesin CNC import.
                                                                             (Sumber: Yayasan Inovasi Malaysia)


                     68            2.2.3
   77   78   79   80   81   82   83   84   85   86   87