Page 77 - Buku Teks Digital English KSSM Tingkatan 1
P. 77

Membaca



                                                    Kuasa Kentang

                                                                                Bahan-bahan yang diperlukan
                                                                                •  5 biji kentang
                                AKTIVITI                                        •  5 batang paku bersaiz 1 inci
                        1. Baca dan fahami maklumat                             •  5 keping duit syiling 1 sen
                           daripada arahan.                                     •  5 utas wayar elektrik
                        2. Jalankan uji kaji berdasarkan                          berwarna merah                T
                           arahan.                                              •  1 utas wayar elektrik        E
                                                                                  berwarna hitam                M
                                                                                •  12 klip buaya                A
                                                                                •  Lampu light-emitting diode
                                                                                  (LED) 1.5 voltan              6
                                              Langkah pertama                   •  Kertas pasir
                                              Gosokkan semua paku dan
                                              duit syiling dengan kertas
                                              pasir. Kemudian, cucukkan
                                              sekeping duit syiling dan           TEROKA MINDA
                                              sebatang paku pada              Aplikasi uji kaji yang sama
                                              setiap kentang.
                                                                              pada buah lemon.





                                                   Langkah kedua
                                                   Kepitkan klip buaya pada setiap hujung
                                                   wayar. Kemudian, sambungkan klip buaya
                                                   itu pada paku dan duit syiling. Pastikan
                                                   klip buaya pada wayar hitam dicantumkan
                                                   pada paku untuk mendapatkan cas negatif
                                                   (-), untuk disambungkan pada lampu LED.




                              PERKASA ILMU                                            Langkah ketiga
                                                                                      Klip buaya pada wayar
                   Amalan makan kentang yang dimasak tanpa                            merah hendaklah
                   dibuang kulitnya dapat merendahkan tahap                           dikepitkan pada anod
                   kolesterol di dalam badan, menurunkan                              positif (+) lampu LED.
                   tekanan darah tinggi, mengatasi radang                             Pastikan klip buaya
                   usus dan stres, menghindarkan serangan                             yang ada pada wayar
                   radikal bebas, dan meningkatkan daya                               hitam dikepitkan pada
                   tahan tubuh daripada serangan penyakit.                            katod negatif (-)
                                                                                      lampu LED.
                                (Sumber: www.utusan.com)



                                                                                                     63
                         2.2.2                                                                       63
   72   73   74   75   76   77   78   79   80   81   82