Page 133 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 133

Low Peak, Aku Datang






                             1.  Berdasarkan catatan  harian, senaraikan pesanan penting tentang
                                 perkara  yang  perlu  dilakukan  oleh  pendaki  sebelum  dan  semasa
                                 mendaki Gunung Kinabalu.                                                         TEMA 10  TEMA 10
                             2.  Berbincanglah  dengan  rakan untuk menentukan  sama ada semua
                                 pesanan itu perlu dipatuhi atau tidak dan kemukakan sebab-sebabnya.

                    20 Januari: Ibarat orang mengantuk disorongkan bantal,
                    impianku sejak kecil untuk menawan puncak Gunung Kinabalu
                    akan menjadi kenyataan.
                    3 Februari: Aku dan rakan-rakan telah membuat pemeriksaan
                    kesihatan yang menjadi syarat utama kepada pendaki. Syukur,
                    kami sihat!                                                                                   Selamat Datang ke Malaysia Selamat Datang ke Malaysia

                    10 Februari: Cikgu Azura telah memohon permit pendakian.
                    Permohonan perlu dibuat awal kerana setiap hari hanya 100
                    orang yang dibenarkan mendaki. Moga-moga kami termasuk
                    dalam senarai pendaki pada 2 Mei nanti. Menurut Cikgu Azura,
                    waktu yang sesuai untuk pendakian adalah antara bulan Mac
                    hingga bulan November untuk mengelakkan gangguan cuaca.
                    26 Februari: Syukur, permohonan diluluskan. Mulai hari ini,
                    kami melakukan senaman ringan sebagai persediaan fizikal
                    dan mental. Selepas ini, kami akan menjalani latihan mendaki
                    Gunung Lambak dan Gunung Ledang. Kami diberitahu bahawa
                    banyak pendaki yang gagal  ke puncak kerana  mengalami
                    kejang otot setelah mendaki separuh jalan.

                    7 Mac:  Hari  ini  aku  mendaki  Gunung Lambak.  Aduh,
                    sakit-sakit seluruh badanku! Bagaimanakah agaknya keadaan
                    aku selepas mendaki Gunung Ledang pada hujung bulan
                    nanti? Mampukah aku?
                    12 April:  Barang-barang keperluan telah pun siap sedia,
                    antaranya  krim panas untuk mengelakkan  kejang  otot dan
                    jaket untuk menangani suhu di bawah 7˚C. Sejuknya!
                    30 April: Debaran kian terasa. Esok kami akan bertolak ke
                    Kota Kinabalu. Doaku agar aku berada dalam keadaan yang
                    cergas dan sihat serta berjaya menawan puncak
                    yang ke-5 tertinggi di Asia Tenggara. Low Peak,          Pesanan ialah sesuatu perkara yang
                    aku datang!
                                                                             dinasihatkan, diminta, disuruh, diarahkan,
                                                                             diperlukan, atau sesuatu yang ternyata
                                                                             kebenarannya dan perlu dijadikan iktibar atau
                                                                             diambil  tindakan.
                    2.2.2 Membaca untuk memahami dan menaakul maklumat berbentuk pesanan daripada pelbagai bahan dengan
                                                                                                         121
                         memberikan respons yang betul.                                                  121
   128   129   130   131   132   133   134   135   136   137   138