Page 129 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 129

B.  Teliti poster yang diberikan dan kemudian
                        buat tugasan yang berikutnya.
                                                                          LANGKAH KENALI

                    1.  Berdasarkan bahan, tulis rumusan dengan        3  MAKANAN ROSAK
                        menggunakan ayat yang gramatis.               Rupa (berlendir),
                    2.  Berdasarkan bahan, ceritakan pengalaman anda   warna (berlainan
                        termakan makanan yang sudah tercemar dengan   daripada biasa), tarikh
                        menggunakan kata ganda separa dan frasa adjektif   luput dan bentuk                       TEMA 9  TEMA 9
                                                                      (makanan dalam tin)
                        yang betul.
                                                                      Tidak enak dan
                                                                      kurang menyenangkan


                                                                                                                  Sukan dan Rekreasi Sukan dan Rekreasi
                                                                      Rasa pelik dan basi




                    C.   Baca teks di bawah dengan telitinya dan buat tugasan yang berikutnya.

                    Kami  mendirikan  khemah  dengan  cepatnya  selepas  mendengar  taklimat  oleh  Cikgu  Salleh.
                    Kumpulan yang telah selesai mendirikan khemah dibenarkan beristirehat atau bermain air di jeram.
                        “Amboi, sejuknya air,” kata rakan-rakanku sebaik mencecah kaki ke dalam air jeram. Seketika
                    kemudian, banyak peserta kem lain yang turut bermain air di jeram. Suasana menjadi riuh rendah.
                    Air di hutan lipor sekayu itu jernih dan bersih. Bunyi ungas dan deruan air menghentam ke batu
                    menjadi irama yang berulang-ulang bunyinya.
                        Sebelum menjelang waktu Zohor, kami diminta meninggalkan jeram kerana perlu bersiap-siap
                    untuk menunaikan solat secara berjamaah. Selepas itu, kami diberikan cabaran baharu.
                        “Pandai-pandailah kamu membahagikan tugas. Jika kamu tidak berhati-hati, makanan yang
                    kamu masak akan rentong dan kamu terpaksa memakannya juga,” terang Cikgu Salleh.
                        Kami mengangguk. Ada juga dalam kalangan murid yang kerisauan kerana tidak pernah
                    memasak. Sudahlah begitu, api juga perlu dinyalakan sendiri tanpa menggunakan mancis.
                        “Sekarang ialah masa yang tepat untuk menggunakan kemahiran yang kamu pelajari ketika
                    menjalankan aktiviti ko-kurikulum di sekolah,” kata Cikgu Zana pula.
                        “Dalam hutan ini, makan apa-apa pun akan rasa sedap,” kata rakan saya yang menyebabkan
                    kami semua tertawa.
                        Keesokan harinya kami pulang dengan membawa pelbagai kenangan yang manis untuk dikenang.



                    1.  Kenal pasti kesalahan ejaan dan betulkan kesalahan tersebut.
                    2.  Kenal pasti lima kata kerja transitif yang terdapat dalam petikan dan bina ayat berdasarkan
                        petikan tersebut untuk menjelaskan maksudnya.
                    3.  Tulis karangan bertajuk “Kelebihan Berekreasi di Hutan Lipur”.












                                                                                                         117117
   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133   134