Page 128 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 128

A.   Baca teks di bawah ini dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

             TEMA 9  TEMA 9                                                                                                                    No. 12, Jalan Ara,
                                                                                                                                     Taman Panglima,
                                                                                                                                     47000 Sungai Buloh,
                                                                                                                                     Selangor Darul Ehsan.
                                                                                                                                     4 April  20��
                   Menemui sahabatku, Matlan, di Tawau, Sabah. Mudah-mudahan saudara sekeluarga sihat sejahtera.
             Sukan dan Rekreasi Sukan dan Rekreasi  boling. Mata saya akan merenung jauh ke lorong lurus sepanjang 18.2 meter hingga ke hujung.
                   Saudara,
                      Sebagai peminat sukan boling, saya senantiasa teruja apabila kaki melangkah masuk ke pusat

                   Di  situlah  tersusun  10  pin  yang  menunggu  balingan  bola  seberat  2.7  kilogram.  Bola  itu  akan
                   meluncur laju apabila dilontar untuk menjatuhkan pin-pin tersebut.
                      Bagi saya, permainan boling mempunyai beberapa kelebihan. Permainan ini dapat mengeratkan
                   hubungan antara keluarga, sanak saudara dan rakan taulan. Kita juga dapat melatih diri dalam
                   memberikan konsentrasi semasa bermain boling. Selain itu, boling digemari kerana waktu untuk
                   bermain permainan ini tidak dipengaruhi oleh perubahan cuaca.
                      Namun begitu, saudara mungkin tidak mengetahui bahawa boling menjadi pilihan guru-guru
                   pendidikan khas. Mereka mendedahkan permainan boling kepada murid-murid berkeperluan khas.
                   Melalui permainan ini, mereka dapat melatih murid-murid tersebut kemahiran bertentang mata dan
                   memberikan perhatian. Kemahiran ini penting dikuasai agar mereka mudah mengikuti pengajaran
                   dan pembelajaran di dalam kelas.
                   Saudara,
                      Saya berhasrat untuk menjadi pemain boling yang terkenal suatu ketika nanti. Oleh itu,
                   ayahanda saya selalu berpesan agar saya berlatih bermain boling dengan bersungguh-sungguh.
                   Walau  bagaimanapun,  ayahanda  tidak  mahu  permainan  boling  menyebabkan  saya  lalai  dalam
                   pelajaran. Ayahanda mahu saya berjaya dalam permainan boling tanpa mengetepikan pelajaran.
                      Cukuplah dulu tulisan saya buat masa ini. Kalau ada kesempatan, saya akan menulis surat
                   lagi kepada saudara. Kalau saudara berkelapangan, datanglah ke tempat saya. Boleh kita bermain
                   boling bersama-sama. Sekian.
                                                                                                                                             Sahabatmu,
                                                                                      Lutfi


                   1.  Mengapakah Lutfi gemar bermain boling?
                   2.  Nyatakan kebaikan permainan boling kepada murid-murid berkeperluan khas.
                   3.  Apakah pesanan ayahanda Lutfi? Pada pendapat anda, mengapakah pesanan tersebut penting?
                   4.  Berdasarkan petikan surat kiriman, jelaskan perwatakan Lutfi.
                   5.  Pada pendapat anda, apakah permainan lain yang sesuai untuk murid-murid berkeperluan
                      khas? Berikan alasan.


                 116116
   123   124   125   126   127   128   129   130   131   132   133