Page 15 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 15

Semakin Hari Semakin Sihat






                               1.  Baca surat kiriman rasmi dengan sebutan dan intonasi yang betul.
                                                                                                                  TEMA 1
                               2.  Gunakan teknik bacaan 5W1H untuk mengenal pasti maklumat dalam surat.







                    Pengetua,
                    Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jauhari,
                    KM 1, Jalan Batu Pahat,
                    86000 Kluang,
                    Johor Darul Ta’zim.                                                                           Kesihatan dan Kebersihan

                    Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga,
                    Pejabat Kesihatan Daerah Kluang,
                    86000 Kluang,
                    Johor Darul Ta’zim.                                                  20 JANUARI 20
                    Tuan,
                    Kempen Semakin Hari Semakin Sihat
                    Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jauhari akan
                    mengadakan Kempen Semakin Hari Semakin Sihat selama sebulan bermula pada minggu hadapan.
                    Kempen ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran murid tentang aspek kesihatan, khususnya
                    dari segi fizikal, mental, dan emosi.
                    2.  Sehubungan dengan  itu,  pihak  kami  ingin  mengundang pegawai  perubatan  tuan  untuk
                    menyampaikan ceramah berkaitan dengan kesihatan kepada semua murid. Tarikh dan masa ceramah
                    tersebut bergantung pada kesesuaian masa pegawai perubatan tersebut.
                    3.  Semoga ceramah yang akan disampaikan dapat melahirkan generasi yang sihat, ceria, dan berjaya.
                    Sekian, terima kasih.



                    Saya yang menurut perintah,

                    Hasanah
                    (HASANAH BINTI AHMAD)
                    Pengetua,                                            Maksud tersurat ialah makna sesuatu perkataan,
                                                                         rangkai kata, ayat, atau perenggan sebagaimana yang
                    Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Jauhari.            dinyatakan mengikut konteks.
                                                                         Teknik Bacaan 5W1H ialah teknik membaca sambil
                                                                         mencari maklumat yang berkaitan dengan soalan-soalan,
                                                                         iaitu who (siapa),  what (apa),  where (di mana),
                                                                         when  (bila), why (kenapa), dan how (bagaimana).

                         2.1.1  Membaca surat kiriman rasmi, surat kiriman tidak rasmi dan teks pengacaraan dengan sebutan
                             dan intonasi yang betul serta mengenal pasti maksud tersurat dan tersirat.   3
   10   11   12   13   14   15   16   17   18   19   20