Page 183 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 183
Pertanian Nadi Negara
TEMA 14
Berdasarkan bahan, kenal pasti idea utama dan idea sampingan.
PERATUS SUMBANGAN KEPADA KDNK MENGIKUT JENIS AKTIVITI EKONOMI, 2015
(HARGA MALAR 2010)
Sektor Perkhidmatan
pertanian 53.5% Kelapa sawit, 46.9%
menyumbang Pembuatan
sebanyak 23.0% Pertanian lain, 17.7%
8.9 peratus
kepada KDNK
pada 2015 Ternakan, 10.7% Berbudi kepada Alam
Perlombongan &
pengkuarian RM1,062.8
9.0%
bilion
Perikanan, 10.7%
Pertanian
8.9%
(RM94.1 bilion)
Getah, 7.2%
Pembinaan 4.4%
tambah Duti Import 1.3% Perhutanan & pembalakan 6.9%
(Sumber: Jabatan Perangkaan Malaysia)
Statistik menunjukkan bahawa 8.9% daripada RM1,062.8 bilion pendapatan negara datangnya
daripada sektor pertanian. Sumber lain pendapatan negara adalah daripada bidang perkhidmatan,
pembuatan, perlombongan dan pengkuarian, pembinaan, dan duti import. Statistik ini
menunjukkan bahawa kegiatan pertanian turut memainkan peranan penting dalam perkembangan
ekonomi negara.
Pendapatan daripada kegiatan penanaman kelapa sawit memberikan sumbangan yang paling
besar, iaitu sebanyak 46.9%. Hal ini dikatakan demikian kerana kelapa sawit merupakan hasil
eksport pertanian yang paling utama di Malaysia. Di samping itu, permintaan terhadap kelapa
sawit di dalam negara juga tinggi. Oleh yang demikian, tidak hairanlah jika kelapa sawit
memberikan sumbangan yang besar kepada pendapatan negara.
Selain kelapa sawit, kegiatan penternakan, perikanan, penanaman getah, perhutanan dan
pembalakan turut memberikan sumbangan kepada pendapatan negara. Hasil daripada sektor
pertanian ini diperlukan untuk membekalkan makanan kepada rakyat Malaysia. Misalnya, bahan
makanan seperti beras, sayur-sayuran, buah-buahan, daging, dan ikan ialah hasil daripada sektor
pertanian. Di samping itu, hasil pertanian juga diperlukan sebagai bahan mentah untuk sektor
perkilangan dan pembuatan.
Sesungguhnya, sektor pertanian perlu digerakkan dengan sistematik
agar hasilnya dapat dinikmati oleh seluruh rakyat Malaysia. Dengan Cari maklumat
adanya teknologi yang tinggi dalam bidang pertanian serta petani yang tentang
kejayaan petani
berjiwa besar, sektor pertanian mampu memberikan sumbangan yang di Malaysia.
besar kepada negara.
2.3.1 Membaca untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dengan betul dan tepat.
171

