Page 184 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 184

Gerabak Ayer Hitam







             TEMA 14           Berdasarkan  bahan,  tulis  perenggan  pendahuluan  dan  perenggan  kesimpulan
                               dengan menggunakan bahasa yang gramatis.







             Berbudi kepada Alam


























                      Kenderaan yang berguna kepada para petani itu telah dicipta oleh Wagiman bin Dulahabedi
                   atau lebih dikenali sebagai Wak Wagiman. Beliau dilahirkan di Muar, Johor, pada tahun 1954.
                   Wak Wagiman telah mereka cipta trak serba guna yang dinamai Gerabak Ayer Hitam. Trak tersebut
                   pada mulanya dihasilkan bagi memudahkan kerja mengangkut kelapa sawit di ladangnya.
                      Trak  ciptaan  Wak  Wagiman  digerakkan  dengan  menggunakan  enjin  Vespa terpakai.  Selain
                   itu, beliau  juga menggunakan  rim roda terpakai.  Untuk bahagian  badan pula,  Wak  Wagiman
                   membelinya dari kilang. Setiap komponen trak ini mudah dipasang serta dibuka. Oleh hal yang
                   demikian, trak ini mudah dijaga dan dibaiki.
                      Gerabak Ayer Hitam ciptaan Wak Wagiman mampu mengangkut hasil ladang seperti kelapa
                   sawit, nanas, getah, dan tanaman lain. Trak yang pada mulanya dibuat untuk kegunaan sendiri
                   itu telah menarik minat orang ramai. Sejak itu, beliau telah membina lebih banyak trak untuk
                   berkongsi kesenangan bekerja di ladang dengan petani lain.
                                                                                         Dapatkan maklumat
                                                                                         tentang inovasi dalam
                                                                                         bidang pertanian
                                                                                         di Malaysia.



                           3.4.3  Menulis perenggan pendahuluan dan kesimpulan karangan menggunakan bahasa yang gramatis.
                 172
   179   180   181   182   183   184   185   186   187   188   189