Page 204 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 204

Cipta Jaya






                              1.  Hasilkan inovasi menggunakan plastik kelas dua (HDPE).
             TEMA 15            2.  Kenal pasti kata kerja transitif dalam bahan tersebut dan bina ayat menggunakan
                                 Kemudian, huraikan cara-cara untuk menghasilkan inovasi tersebut.

                                 perkataan itu.
                              3.  Hasilkan karangan berkaitan reka cipta inovasi.



             Sains, Teknologi dan Inovasi


















                                 Contoh projek inovasi
                                 menggunakan plastik kelas dua
                                    Plastik ialah bahan yang kita gunakan pada setiap hari. Tahukah anda bahawa
                                    plastik terdiri daripada beberapa jenis. Salah satu jenis plastik yang biasa
                                    kita gunakan ialah plastik kelas dua, iaitu plastik High-Density Polyethylene
                                    (HDPE). Produk HDPE adalah selamat digunakan kerana tidak akan
                                   memberikan tindak balas kimia atas bahan yang disimpan di dalamnya. Plastik
                                   kelas ini biasanya digunakan untuk menyimpan susu, minyak pelincir, syampu,
                              dan bahan pencuci. Plastik kelas ini juga sesuai untuk dikitar semula.
                      Walaupun plastik jenis ini selamat digunakan, anda mesti berwaspada. Anda boleh mengisi
                   makanan atau minuman ke dalam bekas plastik jenis ini jika bekas plastik ini memang digunakan
                   untuk mengisi makanan atau minuman. Jika sebaliknya, elakkan mengisi makanan atau minuman
                   walaupun bekas plastik tersebut telah dibersihkan. Hal ini dikatakan demikian kerana tindakan ini
                   dapat mengelakkan kesan yang tidak diingini, iaitu kesan kepada kesihatan anda jika menggunakan
                   bekas plastik bukan untuk menyimpan makanan atau minuman.
                      Plastik  ialah  bahan yang sukar untuk dilupuskan. Oleh
                   sebab itu, tindakan mengitar atau menggunakan plastik semula
                   digalakkan.  Hingga  kini,  pelbagai  pihak  tanpa  mengira  usia
                   telah mencipta pelbagai kegunaan baharu bagi plastik jenis ini.
                   Oleh hal yang demikian, marilah kita mengorak langkah yang
                   sama  untuk  mencipta  inovasi baharu  dengan  menggunakan
                   plastik ini sebagai bahan utama.

                 192
   199   200   201   202   203   204   205   206   207   208   209