Page 201 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 201

Remaja Kreatif





                                1.  Baca urutan peristiwa dengan telitinya.
                                2.  Olah maklumat yang diperoleh untuk menghasilkan puisi menggunakan ayat
                                   yang gramatis.                                                                 TEMA 15



                     Pada waktu rehat, Shuva dan Yi Lin  melihat roti telur yang
                     begitu banyak dihasilkan oleh penebar roti canai di kantin
                     sekolah mereka.
                      Kulit telur yang banyak telah dibuang begitu sahaja oleh
                      penebar roti canai tersebut. Mereka bercadang untuk
                      menggunakan kulit-kulit telur yang dibuang itu semula.                                      Sains, Teknologi dan Inovasi



                      Shuva mendapat idea. Dia mencadangkan agar mereka berdua
                      mencipta sesuatu menggunakan kulit telur itu sebagai bahan
                      utama. Mereka mencari maklumat tentang sifat kulit telur.
                     Mereka  mendapat  maklumat yang  menarik  tentang  kulit  telur,
                     iaitu walaupun kulit telur rapuh dan mudah dipecahkan, kulit telur
                     menjadi amat kuat apabila bersifat mikro.


                     Mereka mencipta jubin menggunakan kulit telur sebagai salah satu bahan utama. Setelah mengikuti
                     langkah-langkah penghasilan jubin kulit telur, akhirnya terciptalah produk inovasi mereka.

                       Jubin yang dihasilkan amat berkualiti kerana mampu menahan kepanasan yang
                        sangat tinggi dan mampu menahan  hentakan  sehingga beratus-ratus kilogram.
                        Jubin itu juga tidak mudah terbakar, mudah dibersihkan, dan tahan calar.

                                             Mereka menyertai pertandingan inovasi yang bertempat di Universiti
                                             Teknologi Mara (UiTM) di Shah Alam, Selangor. Produk inovasi
                                             mereka yang amat menarik dan berkualiti itu membolehkan mereka
                                             menjuarai pertandingan tersebut.

                                                         Mereka sungguh bersyukur dan berbangga atas
                                                         kejayaan tersebut. Mereka bercadang untuk mencipta
                                                         lebih banyak inovasi pada masa akan datang.









                            3.6.1 Menulis dan mengolah maklumat daripada bahan dialog dan bahan prosa kepada puisi
                                menggunakan ayat yang gramatis.                                          189
   196   197   198   199   200   201   202   203   204   205   206