Page 199 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 199

Unit
                         30           Dunia Kreativiti






                              Cakna Warisan



                                                                                                IMBAS SAYA        TEMA 15


                                1.  Ulas bahan grafik dengan menyatakan maklumat yang tersurat dan tersirat.
                                2.  Pada pendapat anda, mengapakah sukan rakyat perlu dipertahankan oleh
                                   generasi muda?
                                                                                                                  Sains, Teknologi dan Inovasi






                                      Gasing ialah permainan warisan.
                                      Kebiasaannya, gasing diperbuat
                                      daripada kayu. Pada masa ini,
                                      permainan warisan ini semakin
                                      mendapat tempat dalam kalangan
                                      masyarakat. Namun begitu,   Gasing tradisional diperbuat daripada kayu
                                      pembuatan gasing menggunakan
                    kayu mengambil masa yang lama dan kayu juga
                    semakin sukar untuk diperoleh. Untuk mengatasi
                    masalah ini, Mohd. Jais bin Rozali, pejuang
                    sukan rakyat ini menghasilkan inovasi gasing
                    plastik. Usaha beliau ini dibantu oleh Prof. Dr.
                    Shamsudin bin Sulaiman, Prof. Ir. Dr. Mohd
                    Khairol Anuar bin Mohd. Ariffin dan Prof. Madya
                    Ir. Dr. B.T. Hang Tuah bin Baharudin yang merupakan
                    tenaga pakar daripada Universiti Putra Malaysia.
                                                                    yang menarik
                                                                      Gasing inovasi mempunyai warna












                                 Menggunakan mesin yang canggih
                                                                    Plastik sebagai bahan utama
                Dihasilkan dalam jumlah yang banyak
                         1.8.2 Mengulas bahan grafik dengan menyatakan maklumat tersurat dan tersirat dengan jelas dan bernas
                             menggunakan ayat yang gramatis.                                             187
   194   195   196   197   198   199   200   201   202   203   204