Page 212 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 212

Jana Tenaga, Jimat Wang




                             1.  Baca dan fahami kesemua bahan. Kemudian, kenal pasti maksud perkataan dan
                                 rangkai kata yang sukar dengan merujuk kamus atau glosari.
             TEMA 16         2.  Tulis berita tentang biojisim dengan memasukkan perkataan dan rangkai kata

                                 dalam bahan.


                                                          1

             Pelestarian Alam  Tenaga Biojisim



                   Negara kita kaya dengan pelbagai tumbuhan
                   sama ada yang tumbuh secara semula jadi
                   ataupun yang ditanam secara komersial.
                   Tumbuh-tumbuhan ini mampu menghasilkan
                   tenaga yang boleh diperbaharu yang dinamai
                   tenaga biojisim.
                      Tenaga biojisim ialah tenaga yang
                   dijana daripada pereputan benda-benda
                   hidup. Bahan-bahan ini boleh digunakan   Sisa biojisim nanas yang terdiri daripada batang, akar
                   sama ada sebagai bahan api atau bahan   dan daun ditukarkan menjadi arang teraktif melalui
                   bakar dalam industri. Penggunaan tenaga   kaedah pengaktifan kimia.
                   biojisim ini mampu mengurangkan                      (Sumber: http://www.mpib.gov.my/arang)
                   kesan rumah hijau sekali gus membantu
                   melestarikan alam sekitar.
                      Oleh sebab tumbuh-tumbuhan mampu  2

                   menghasilkan tenaga biojisim, pelbagai
                   usaha telah dilakukan untuk menukarkan
                   sisa atau bahan buangannya kepada
                   tenaga biojisim.
                      Selain teknologi biojisim, salah satu cara
                   yang paling mudah untuk memanfaatkan
                   tenaga daripada pelbagai tumbuhan ini
                   adalah melalui teknik pengkomposan yang
                   semakin popular pada masa ini.





                                                         Jerami padi dijadikan baja kompos. Sekam dan jerami
                                                         padi dijadikan bahan api untuk memanaskan dandang
                                                         pada loji jana kuasa tenaga.
                                                                         (Sumber: http://puspatani.blogspot.my)

                           2.2.1  Membaca untuk memahami makna rangkai kata yang terdapat dalam pelbagai bahan menggunakan
                 200           glosari dan kamus dengan betul dan tepat.
   207   208   209   210   211   212   213   214   215   216   217