Page 215 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 215

Sekolah Lestari, Murid Bestari





                               1.  Analisis ayat dalam brosur untuk mengesan kesalahan perkataan dan frasa.
                               2.  Betulkan kesalahan tersebut, kemudian sediakan brosur yang baharu dengan
                                  menggunakan ayat yang gramatis.                                                 TEMA 16






                                                                                                                  Pelestarian Alam



                     PROGRAM SEKOLAH LESTARI


                     Latar Belakang
                     Anugerah Alam Sekitar ialah program usaha sama
                     antara Jabatan Alam Sekitar, Kementerian Sumber
                     Asli dan Alam Sekitar,  Kementerian Pendidikan
                     Malaysia, dengan Institusi Alam Sekitar dan Pembangunan,
                     Universiti Kebangsaan Malaysia.

                     Tujuan Program
                     Program ini bertujuan untuk membantu dan
                     memperkukuhkan program-program pendidikan alam
                     sekitar yang sedia ada. Adalah menjadi hasrat program
                     ini, ahli keluarga, komuniti setempat, kerajaan, pihak swasta dan badan bukan
                     kerajaan turut terlibat kerana program ini berkonsepkan tentang pendekatan yang menyeluruh.

                     Komponen Program

                     Program ini memberi penekanan kepada empat komponen utama, iaitu pengurusan, penghijauan,
                     kokurikulum, dan kurikulum. Program ini mencakupi semua aktiviti, yang berasaskan kepada
                     alam sekitar di sekolah, contohnya seperti Projek Riadah Alam Sekitar, Projek Wira Alam,
                     Program Keceriaan Taman, Program 3K (Keselamatan, Kebersihan dan Keindahan), Program
                     KitS (Kitar Semula), Kem Kesedaran Alam Sekitar, dan lain-lain aktiviti alam sekitar.

                     Ciri Program
                     Antara ciri-ciri Sekolah Lestari ialah perlaksanaan pendidikan alam sekitar merentas kurikulum,
                     menganjurkan aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan alam sekitar, membina taman herba
                     dan pengalakkan Program Satu Murid Satu Pokok serta bermacam program lagi. Yang terpenting
                     sekali ialah pihak sekolah perlu mempastikan sampah sarap tidak mengotorkan kawasan sekolah
                     secara berterusan.
                                                                                (Sumber: http://www.doe.gov.my)
                         5.6.1 Menganalisis dan membetulkan kesalahan kata dan frasa dalam sesuatu ayat.
                                                                                                         203
   210   211   212   213   214   215   216   217   218   219   220