Page 235 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 235

Misi Dua Anggerik






                                 1.  Hasilkan lakonan berdasarkan bahan.
                                 2.  Analisis nilai dan pengajaran yang terkandung dalam bahan.
                                 3.  Jelaskan sifat kepimpinan yang diamalkan oleh watak utama                    TEMA 18
                                    dalam bahan.


                    Samad hanya menggelengkan
                    kepalanya. Kedua-dua orang
                    kawannya ini nampaknya tidak
                    pernah mengambil iktibar daripada
                    peristiwa yang pernah berlaku
                    antara mereka berdua dahulu.                                                                  Pentadbiran dan Politik
                       “Janganlah kalian bertekak pula,
                    Gunalan, Boon Seng,” larang Samad. “Kita
                    bincanglah elok-elok,” saran Samad pula.
                       Boon Seng yang sudah mula mengherotkan
                    bibirnya mula menarik nafas panjang. Gunalan
                    juga begitu. Mujurlah. Mujurlah kita ada jaksa
                    pendamai. Kalau tidak, pasti perang mulut akan
                    membawa kepada perang dingin pula.
                       “Kita ada dua objektif sekarang ini. Yang pertama, melalui
                    projek kita ini, hubungan antara ibu bapa dengan murid akan bertambah erat. Ibu bapa kita juga
                    dapat saling mengenali antara satu sama lain. Yang keduanya, objektif untuk menyatukan ibu bapa
                    Sarah semula. Tetapi, objektif ini hanya kita sahaja yang tahu. Objektif ini tersirat, faham?” jelas
                    Samad kepada kawan-kawannya.
                       “Faham”, balas Gunalan, perlahan. Boon Seng pula sekadar mengangguk sahaja.
                       “Seperkara lagi, saya perlukan beberapa cadangan aktiviti dalam program yang hendak kita
                    anjurkan nanti. Kalau sudah ada cadangan, senanglah nanti saya menyediakan kertas cadangan,”
                    kata Samad.
                       “Kita buat permainan kerusi beracun, boleh?” soal Siew Mei.
                       “Permainan itu tidak sesuailah, Siew Mei,” bantah Salamah.
                       “Tidak mengapa. Saya akan mencatatkan dahulu cadangan kalian. Kemudian, kita senarai
                    pendekkan semua cadangan itu,” kata Samad.
                       Terkedu Salamah mendengarnya. Siew Mei pula tersengih kerana cadangannya diterima oleh
                    Samad. Pada hemat Salamah, permainan itu terlalu keanak-anakan dan tidak sesuai.
                       Samad pula mempunyai prinsip yang berbeza. Dia tidak suka menolak cadangan orang lain
                    mentah-mentah. Setiap cadangan akan dinilai dan dibincangkan bersama-sama rakan yang lain.
                    Dengan cara itu, barulah keputusan yang dibuat membuahkan hasil yang baik. Selain itu, muafakat
                    dan kerjasama antara mereka juga dapat ditingkatkan.

                                       (Dipetik dan diubah suai daripada novel Jom Ikut Kami: Misi Dua Anggerik,
                                       karya Alias Derais, 2010. KarnaDya Solutions Sdn. Bhd)

                            4.1.1 Memahami dan mengapresiasi karya prosa dari aspek sinopsis, tema, persoalan, nilai dan
                                pengajaran, watak dan perwatakan dengan memberikan respons yang betul dan rasional.  223
   230   231   232   233   234   235   236   237   238   239   240