Page 233 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 233

Hubungan  Serantau                                                IMBAS SAYA




                               1.   Baca dan analisis petikan untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan
                                  dalam petikan tersebut.
                                                                                                                  TEMA 18
                               2.   Ringkaskan petikan ini.







                                                                                                                  Pentadbiran dan Politik











                    Persatuan Negara-negara Asia Tenggara atau lebih dikenali sebagai negara ASEAN telah
                    ditubuhkan pada 8 Ogos 1967 di Bangkok, Thailand. Pertubuhan serantau ini dianggotai oleh
                    Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Thailand,  Brunei Darussalam, Vietnam, Laos, Myanmar,
                    dan Kemboja. Melalui pertubuhan ini, negara serantau telah sepakat untuk mencapai pelbagai
                    matlamat yang telah digariskan. Cogan kata bagi pertubuhan ini ialah Satu Wawasan, Satu Identiti,
                    Satu Komuniti.
                       Dalam sidang kemuncak ASEAN, negara yang memegang jawatan pengerusi ASEAN akan
                    bertindak sebagai tuan rumah. Ketua-ketua negara atau ketua-ketua kerajaan negara anggota
                    akan menghadiri persidangan ini. Dalam persidangan ini, pelbagai perkara dibincangkan meliputi
                    pelbagai aspek seperti politik, ekonomi dan sosial demi kesejahteraan negara-negara anggota.
                       Terdapat beberapa matlamat utama yang ingin dicapai melalui penubuhan ASEAN.
                    Matlamat tersebut adalah untuk mengekalkan kestabilan politik dan saling membantu dalam
                    bidang ekonomi, sosial dan kebudayaan di rantau Asia Tenggara. Matlamat lain pula adalah bagi
                    meningkatkan taraf hidup rakyat  negara serantau melalui kerjasama dalam pelbagai bidang.
                       Penubuhan ASEAN juga bermatlamat untuk memberikan kerjasama dan bantuan dalam bentuk
                    penyelidikan dan latihan. Sebagai contoh, penubuhan Pertubuhan Menteri-Menteri Pelajaran
                    Asean (SEAMEO) adalah untuk perkongsian kepakaran dalam bidang pendidikan.
                       Selanjutnya, ASEAN juga ditubuhkan untuk mengeratkan hubungan pertubuhan serantau
                    dan antarabangsa. Hubungan ini sudah pastilah dapat meningkatkan hubungan diplomatik antara
                    negara serantau. Hubungan diplomatik yang erat ini sudah tentu akan mengelakkan timbulnya
                    pergeseran politik antara negara serantau.
                       Kesimpulannya, ASEAN yang ditadbir secara bersama oleh negara-negara anggota, merupakan
                    suatu pertubuhan antarabangsa yang sangat relevan untuk mengekalkan keharmonian dan
                    kemakmuran di rantau ini.
                                                                                          (Sumber: asean.org)



                         2.3.1 Membaca untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dengan betul dan tepat.
                                                                                                         221
   228   229   230   231   232   233   234   235   236   237   238