Page 57 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 57

Cemong







                             Lakonkan skrip drama di bawah secara kreatif. Kemudian, persembahkannya
                             kepada kelas.                                                                        TEMA 4  TEMA 4



                    Muzik pembukaan.

                    TOMPOK:           (Terkejut) Eh, Cemong! Di sini awak rupa-rupanya.
                    CEMONG:           (Terkejut) Tompok, lamanya kita tidak berjumpa!
                    TOMPOK:           Wah, awak hidup senang sekarang!
                    CEMONG:           Syukurlah, Tompok. Eh, awak tertonggok saja                                 Integriti Amalan Kita Integriti Amalan Kita
                                      di situ! Mari makan bersama-sama dengan saya.
                    TOMPOK:           Terima kasih, Cemong. Saya baru sahaja makan seekor ikan. Ada seorang
                                      pekerja restoran memberikannya kepada saya tadi.
                    CEMONG:           Baik sungguh pekerja restoran itu.
                    TOMPOK:           Benar, Cemong. Oh, ya! Apakah sebenarnya yang telah terjadi?
                                      Lama sungguh awak menghilang.
                    CEMONG:           Begini ceritanya, Tompok. Tiga bulan lepas, saya merayau-rayau di pasar
                                      raya untuk mencari makanan. Saya pun berjalan ke merata-rata tempat.
                                      Tiba-tiba, saya ternampak seekor tikus di tepi jalan. Saya pun menerkam tikus
                                      tersebut tanpa menyedari kehadiran sebuah motosikal. Motosikal itu telah
                                      melanggar saya. Badan saya luka teruk. Mujurlah seorang gadis bernama
                                      Cik Aliza lalu di situ. Dia mengambil dan merawat saya.
                    TOMPOK:           Awak sungguh bernasib baik, Cemong. Jangan pula awak lupa akan jasa
                                      Cik Aliza terhadap awak.
                    CEMONG:           Saya tidak lupa, Tompok. Saya senantiasa memastikan tidak ada tikus
                                      di rumah ini sebagai cara untuk membalas jasa Cik Aliza.
                    KESAN BUNYI:   Kereta masuk. Pintu kereta dibuka dan ditutup.
                    CEMONG:           Panjang umur Cik Aliza. Baru kita sebut, dia sudah muncul.
                    KESAN BUNYI:   Ular tedung berdesit.
                    TOMPOK:           (Cemas) Cemong, ular tedung itu hendak mematuk Cik Aliza!
                    KESAN BUNYI:   Pergelutan antara kucing dengan ular tedung.
                    CEMONG:           (Termengah-mengah) Nasib baik Cik Aliza dapat diselamatkan.
                    TOMPOK:           Dulu Cik Aliza menyelamatkan awak. Sekarang, giliran awak pula
                                      menyelamatkannya. Setiap perbuatan itu ada balasannya daripada Tuhan.
                                      Setiap kebaikan akan dibalas dengan kebaikan manakala setiap keburukan
                                      akan dibalas dengan balasan yang setimpal.


                    Muzik penutupan.





                           4.4.1   Mempersembahkan karya prosa secara kreatif.
                                                                                                          45
                                                                                                          45
   52   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62