Page 60 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 60
Bagai Aur dengan Tebing
TEMA 4 TEMA 4 Baca teks dengan telitinya. Kemudian, nyatakan idea utama dan idea
sampingan.
Kita sering mendengar peribahasa yang berbunyi, bulat
air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat.
Peribahasa ini menyarankan kita agar saling bekerjasama
Integriti Amalan Kita Integriti Amalan Kita manfaat yang kita peroleh dengan bekerjasama.
dalam melakukan sesuatu perkara. Sesungguhnya, banyak
Dengan bekerjasama kita dapat menjimatkan tenaga
dan masa. Hal ini dikatakan demikian kerana sesuatu
pekerjaan itu disiapkan bersama-sama oleh anggota
masyarakat, bak kata pepatah, berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing. Sebagai contoh, kebersihan kawasan
kediaman dijaga oleh setiap anggota masyarakat. Oleh hal yang demikian, kerja
yang berat menjadi ringan, kerja yang susah menjadi mudah.
Selain itu, kita dapat meringankan beban jiran tetangga dengan adanya
amalan kerjasama. Penjimatan dapat dicapai dengan cara menubuhkan persatuan
penduduk di sesebuah kawasan kediaman. Persatuan ini mengutip yuran yang akan
digunakan semasa ahli-ahlinya mengadakan majlis perkahwinan atau menghadapi
kematian. Oleh itu, beban kewangan tuan rumah semasa menguruskan upacara
tersebut dapat diringankan.
Amalan bekerjasama juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama
anggota masyarakat. Hubungan yang bagai aur dengan tebing dapat diwujudkan
kerana setiap orang mengambil berat tentang musibah yang menimpa orang lain.
Sikap ini ibarat cubit paha kanan, paha kiri terasa juga. Setiap orang tidak akan
dibiarkan berada dalam kesulitan tanpa mendapat bantuan. Dengan itu, semua
anggota masyarakat hidup saling membantu.
Kesimpulannya, nilai yang baik ini mestilah diamalkan oleh setiap anggota
masyarakat. Dengan bekerjasama, kita berharap agar kehidupan yang aman dan
harmoni di negara yang tercinta ini dapat dikekalkan. Oleh hal yang demikian,
amalan bekerjasama ini perlu disuburkan dalam sanubari anggota masyarakat
sejak bangku sekolah lagi.
Perenggan Idea Utama Idea Sampingan
Baca bahan lain yang
berkaitan dengan integriti.
1 Kita disarankan agar Banyak manfaat Kemudian, kenal pasti idea
saling bekerjasama dalam yang kita peroleh utama dan idea sampingan
melakukan sesuatu perkara. dengan bekerjasama.
bahan tersebut.
2.3.1 Membaca untuk mengenal pasti idea utama dan idea sampingan dengan betul dan tepat.
48
48

