Page 58 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 58

Permainan Mencari

                              Harta Karun

                                                                                               IMBAS SAYA

                            1.  Kenal pasti kata bantu, kata penegas dan kata arah yang terdapat dalam bahan.
             TEMA 4  TEMA 4  2.  Berdasarkan bahan, bina dialog dengan menggunakan kata bantu, kata penegas,
                                dan kata arah.



                                                  ARAHAN PERMAINAN
                   1
                   1.  Para pemain akan dibahagikan mengikut kumpulan yang terdiri daripada lima hingga 10 orang
             Integriti Amalan Kita Integriti Amalan Kita  2.  Setiap kumpulan harus menjawab 10 soalan yang disediakan dalam bentuk kad mengikut warna
                      peserta.
                   2
                      identiti setiap kumpulan. Para peserta tidak dibenarkan mengambil atau merosakkan kad ahli
                      kumpulan lain pula.
                   3.  Setiap kad mengandungi satu soalan pengetahuan am. Seorang pencatat bagi setiap kumpulan
                   3
                      hanya dibekalkan dengan sebatang pen. Pencatat sahaja yang dibenarkan mencatat jawapan
                      pada kad soalan.
                   4.  Kad-kad permainan akan diletakkan di kawasan tertentu di sekitar kawasan sekolah. Kad-kad
                   4
                      tersebut mungkin diletakkan secara tersembunyi atau sebaliknya. Misalnya, kad tersebut mungkin
                      diletakkan di bawah pasu bunga atau tergantung di tepi tiang.
                   5.  Pada setiap kad terdapat petunjuk tentang kedudukan kad yang seterusnya. Peserta perlu
                   5
                      bergerak dengan pantas sama ada ke belakang, ke hadapan atau ke sisi kawasan sekolah.
                   6
                   6.  Para pemain dilarang meniru atau menipu dalam permainan ini. Perbincangan dengan ahli-ahli
                      daripada kumpulan lain juga dilarang sama sekali.
                   7
                   7.  Kumpulan yang telah  berjaya  mendapatkan  kesemua kad boleh menyerahkannya  kepada
                      pengadil  permainan  untuk pengiraan  markah.  Ketua kumpulan  perlu meletakkan  10 kad
                      mengikut nombor soalan di atas meja pengadil.
                   8
                   8.  Sekiranya jumlah peserta kumpulan tidak mencukupi, proses pengiraan
                      markah bagi kumpulan tersebut tidak akan dijalankan lagi.
                   9
                   9.  Semua peserta memang mengharapkan kemenangan dalam permainan ini.
                      Walau bagaimanapun, semua peserta mesti bermain dengan penuh kejujuran.
                   10. Penyertaan kumpulan yang melanggar arahan permainan ini akan dibatalkan.
                  10




                                                                             CONTOH KAD SOALAN  1
                                                                        Soalan:
                                                                        Siapakah pengetua ketiga Sekolah
                                                                        Menengah Kebangsaan Taman Kencana?

                                                                        Jawapan:
                                                                        .................................................................
                                                                        SOALAN SETERUSNYA:
                                                                        Dapatkan kad soalan di Laman Ilmu.


                         5.1.3  Memahami dan menggunakan kata prafrasa, iaitu kata bantu, kata penguat, kata penegas, kata nafi,
                 4646         kata pemeri, kata arah dan kata bilangan serta kata pascakata, iaitu kata penekan dan kata pembenda
                              dengan betul mengikut konteks.
   53   54   55   56   57   58   59   60   61   62   63