Page 7 - BTD Bahasa Melayu KSSM Tingkatan 2
P. 7

Kemahiran  Mendengar
                                 dan Bertutur
                                 Mengandungi 18 SP yang bermula
                                 dengan mendengar dan menyebut
                                 perkataan hingga menghuraikan sesuatu
                                 perkara dengan  bernas dan kritis serta
                                 mengulas bahan grafik.
                                                                      Aktiviti
                                                                      Gerak kerja yang dirancang
                                                                      untuk mencapai hasrat SP.
                                                                      Arahannya bersifat umum
                                                                      untuk memberikan peluang
                                                                      kepada guru memilih strategi
                                                                      pembelajaran dan teknik yang
                                                                      berkesan, sesuai dengan murid.









                                                           Kemahiran Membaca
                                                           Merupakan kemahiran
                                                           yang penting kerana
                                                           maklumat yang dituturkan
                                                           atau ditulis diperoleh
                                                           daripada bacaan. Walaupun
                                                           hanya mengandungi tujuh
                            Kemahiran Menulis              SP, kemahiran ini perlu
                            Mengandungi 10 SP yang         diulang dan dipelbagaikan
                            bermula dengan menyatakan      untuk memastikan murid
                            makna kata hingga menulis      benar-benar menguasai
                            karangan menggunakan ejaan     kemahiran membaca ini.
                            yang betul, bahasa yang indah,
                            serta menarik dan mengedit
                            perenggan.
                                                                                  KBAT
                                                                                  Merupakan kemahiran yang
                                                                                  penting dalam ciri pengajaran
                                                                                  dan pembelajaran abad ke-21
                                                                                  yang memberikan penekanan
                                                                                  kepada kemahiran mengaplikasi,
                                                                                  menganalisis, menilai, dan mencipta.
                                                                                  Walau bagaimanapun, kemahiran
                                                                                  mengaplikasi tidak dilabelkan kerana
                                                                                  kemahiran mengaplikasi hadir dalam
                                                                                  kebanyakan modul.


                                                                                 Info Bestari
                                                                                 Terdiri daripada nota-nota yang berkaitan
                                                                                 dengan tatabahasa yang diajarkan. Nota
                                                                                 ini turut disertakan dengan peringatan
                                                                                 tentang kesalahan yang sering dilakukan
                                                                                 bagi tajuk tersebut. Maklumat umum juga
                                                                                 dimasukkan untuk panduan pengguna.



                                                                                                      vii
   2   3   4   5   6   7   8   9   10   11   12