Page 102 - Buku Teks Digital Matematik KSSM Tingkatan 1
P. 102

4.4d

               1.  Jadual di bawah menunjukkan keputusan kajian yang dijalankan untuk menganggarkan
                   populasi sejenis ikan air tawar yang hidup di sebuah tasik.
                                                            Bilangan ikan yang ditangkap
                            Tangkapan
                                                        Bertanda                Tidak bertanda
                    Pertama                                60
                    Kedua (Selepas seminggu)                5                          20
                   Anggarkan populasi ikan air tawar yang hidup di tasik itu.

               2.  Satu  pasukan  bola  sepak  bermain  28  perlawanan  dan  memenangi  4  perlawanan
                   daripada  setiap  7 perlawanan  yang  ditandingi.  Tiada  perlawanan  yang  berakhir
       BAB
       4
                   dengan keputusan seri.
                   (a)  Berapa kalikah pasukan bola sepak ini mengalami kekalahan?
                   (b)  Hitung nisbah menang-kalah pasukan bola sepak ini.
                   (c)  Jika trend ini berlanjutan, anggarkan bilangan kekalahan yang akan dialami
                        pasukan bola sepak ini setelah mereka menang 20 perlawanan.

                                     4.4          Buka folder yang dimuat turun pada muka surat vii untuk
                                                  soalan tambahan bagi Mahir Diri 4.4.
               1.  Pasukan pengakap mengadakan kem tahunan. Setiap 12 orang di bawah penyeliaan
                   seorang guru pengiring. Jika 90 orang pengakap menyertai kem tahunan itu, berapakah
                   bilangan minimum guru pengiring yang terlibat?
               2.  Akmal, Bakri dan Cadin berkongsi membiayai kos perubatan ibu mereka sejumlah
                   RM4 200. Cadin membayar RM2 100 manakala kos pembiayaan Akmal ialah tiga per
                   empat daripada kos pembiayaan Bakri. Cari nisbah pembiayaan Akmal kepada Bakri
                   kepada Cadin.
               3.  Jadual  di  sebelah  menunjukkan  harga  bagi      Jenis ikan        Harga
                   empat  jenis  ikan.  Siti  ingin  membeli  dua     Bawal        RM1.50 per 100 g
                   jenis ikan berjisim 1 kg bagi setiap jenis         Cencaru      RM3.20 per 500 g
                   dengan jumlah harga kurang daripada RM20.          Selar        RM2.70 per 300 g
                   Apakah kombinasi dua jenis ikan yang boleh         Kembung      RM5.40 per 400 g
                   dibeli oleh Siti? Tunjukkan pengiraan anda.

               4.  Graf di sebelah menunjukkan kadar pertumbuhan        10                  Bakteria B
                   bakteria A dan bakteria B dalam satu kultur.
                   (a)  Bakteria  manakah  menunjukkan  kadar                                Bakteria A
                        pertumbuhan  yang lebih  tinggi  dalam
                        1 minit  yang pertama?  Nyatakan  kadar        Bilangan sel (× 10 juta)  5
                        pertumbuhannya.
                   (b)  Dalam masa 4 minit, berapakah beza bilangan
                        sel antara bakteria A dengan bakteria B?
                   (c)  Anggarkan  masa  apabila  kedua-dua  jenis
                        bakteria itu mempunyai bilangan yang sama.       0    1    2    3   4
                                                                                Masa (minit)


             92
             BAB 4



       04 Text book Mate Tg1.indd   92                                                                10/18/16   3:19 PM
   97   98   99   100   101   102   103   104   105   106   107