Page 148 - Buku Teks Digital Matematik KSSM Tingkatan 1
P. 148
3a Kelas
Berbalik
Tujuan : Meneroka persamaan linear serentak.
Arahan : • Menerokai sendiri sebelum pembelajaran bermula dan berbincang
dalam kumpulan empat orang murid semasa pembelajaran.
• Buka folder yang dimuat turun pada muka surat vii.
1. Buka fail kes bersilang.ggb dengan perisian GeoGebra.
2. Klik pada kedua-dua petak
untuk memaparkan graf garis
lurus bagi persamaan x + y = 7
dan 2x + y = 12.
3. Perhatikan dua garis lurus yang
dipaparkan dan nyatakan titik
persilangan (x, y) antara dua
garis lurus itu.
BAB
6 4. Tentukan sama ada titik persilangan (x, y) itu ialah pasangan penyelesaian
bagi kedua-dua persamaan linear itu.
Hasil daripada Aktiviti Penerokaan 3a, didapati bahawa titik persilangan antara dua garis
lurus itu ialah pasangan penyelesaian sepunya bagi kedua-dua persamaan linear.
Persamaan linear x + y = 7 dan 2x + y = 12 merupakan persamaan linear serentak
dalam dua pemboleh ubah kerana kedua-dua persamaan linear itu mempunyai dua
pemboleh ubah yang sama.
Penyelesaian persamaan linear serentak yang mempunyai satu titik persilangan
dikenali sebagai penyelesaian unik.
3b Kelas
Berbalik
Tujuan : Meneroka persamaan linear serentak.
Arahan : • Menerokai sendiri sebelum pembelajaran bermula dan berbincang
dalam kumpulan empat orang murid semasa pembelajaran.
• Buka folder yang dimuat turun pada muka surat vii.
1. Buka fail kes selari.ggb dengan perisian GeoGebra.
2. Klik pada kedua-dua petak untuk
memaparkan graf garis lurus
bagi persamaan 2x – 3y = – 6 dan
4x – 6y = 18.
3. Perhatikan dua garis lurus yang
dipaparkan.
138
BAB 6
06 Text book Mate Tg1.indd 138 10/18/16 3:21 PM

