Page 195 - Buku Teks Digital Matematik KSSM Tingkatan 1
P. 195

8.2  Sudut yang berkaitan dengan Garis Bersilang


                      Apakah sudut bertentang bucu dan sudut                            PEMBELAJARAN
                      bersebelahan pada garis bersilang?                        Mengenal pasti,
                                                                                menerangkan dan
                                                    4     Kelas                 melukis sudut
                                                                                bertentang bucu dan
                                                         Berbalik               sudut bersebelahan pada
                 Tujuan :  Meneroka sudut pada garis bersilang.                 garis bersilang, termasuk
                                                                                garis serenjang.
                 Arahan :  •  Menerokai  sendiri sebelum pembelajaran
                             bermula dan berbincang dalam kumpulan
                             empat orang murid semasa pembelajaran.
                          •  Buka folder yang dimuat turun pada muka surat vii.

                 1.  Buka fail Sudut garis bersilang.ggb dengan GeoGebra.












                                                                                                              BAB
                                                                                                              8

                 2.  Pilih ‘Penerokaan 1’. Paparan menunjukkan dua garis yang bersilang.

                 3.  Klik pada ‘Papar sudut bertentang bucu’ dan ‘Papar sudut bersebelahan’.

                 4.  Bincang dengan rakan anda dan terangkan maksud sudut bertentang bucu dan
                     sudut bersebelahan pada garis bersilang. Seterusnya, nyatakan sepasang sudut
                     bertentang bucu dan sepasang sudut bersebelahan yang lain.

                 5.  Pilih  ‘Penerokaan  2’.  Seret  titik-titik  hitam  dan  perhatikan  sudut-sudut  yang
                     dipaparkan.

                 6.  Bincang dengan rakan anda dan terangkan sifat-sifat sudut bertentang bucu
                     dan sudut bersebelahan pada garis bersilang.

                 7.  Pilih ‘Penerokaan 3’. Paparan menunjukkan dua garis yang berserenjang
                     antara satu sama lain. Apakah kesimpulan yang boleh dibuat tentang
                     sudut-sudut pada garis bersilang itu?

                 8.  Bincang dengan rakan anda dan buat satu kesimpulan keseluruhan tentang
                     sudut-sudut pada garis bersilang.



                                                                                                       185
                                                                                  Garis dan Sudut



       08 Text book Mate Tg1.indd   185                                                               10/17/16   5:30 PM
   190   191   192   193   194   195   196   197   198   199   200