Page 250 - Buku Teks Digital Matematik KSSM Tingkatan 1
P. 250

6.  Kaji pola bagi nilai yang diperoleh yang ditunjukkan dalam Jadual (b).
                   (a)  Bagaimanakah perimeter segi empat tepat berubah berhubung dengan
                        suatu nilai luas yang tetap?
                   (b)  Bilakah perimeter segi empat tepat akan mencapai nilai minimum?
               7.  Bincang dengan rakan anda tentang dapatan anda dan nyatakan semua
                   kesimpulan yang boleh dibuat.

               Hasil daripada Aktiviti Penerokaan 6, didapati bahawa bagi segi empat tepat dengan;
               (a)  perimeter yang sama,                   (b)  luas yang sama,
                   •  semakin besar beza antara panjang        •  semakin  besar  beza  antara  panjang
                      dengan lebar segi empat tepat itu,          dengan  lebar  segi empat  tepat  itu,
                      semakin kecil luasnya.                      semakin besar perimeternya.
                   •  luas  adalah  terbesar  apabila  segi    •  perimeter adalah terkecil apabila segi
                      empat tepat itu menjadi bentuk segi         empat tepat itu menjadi bentuk segi
                      empat sama.                                 empat sama.



                 Buka fail Segi tiga perimeter tetap.ggb dan fail Segi tiga luas tetap.
                 ggb daripada folder yang dimuat turun pada muka surat vii dengan
                 menggunakan GeoGebra.
                 Lakukan penerokaan ke atas perkaitan antara perimeter dan luas
                 untuk  segi  tiga  seperti  yang  telah  dilakukan  untuk  segi  empat
                 tepat dalam Aktiviti Penerokaan 6.
                 Bincang dengan rakan anda dan terangkan hasil dapatan anda.
                 (a)  Bagaimanakah  luas  sebuah  segi  tiga  berubah  apabila
                     perimeternya ditetapkan?
                 (b)  Bagaimanakah  perimeter  sebuah  segi  tiga  berubah  apabila
                     luasnya ditetapkan?
                 (c)  Adakah  segi  tiga  menunjukkan  corak  perubahan  yang  sama
                     seperti corak perubahan segi empat tepat?
                 Bentangkan hasil dapatan anda dalam kelas semasa pembelajaran.
       BAB
      10
                             10.3a

               1.  Segi empat tepat P, Q, R, S dan T yang berikut mempunyai perimeter yang sama.
                   Susun luas bagi segi empat tepat itu mengikut tertib menaik. Terangkan jawapan anda.


                           P                           R
                                        Q
                                                                      S                 T

               2.  Segi empat tepat P, Q, R, S dan T yang berikut mempunyai luas yang sama. Susun
                   perimeter bagi segi empat tepat itu mengikut tertib menurun. Terangkan jawapan anda.


                                                Q                             S
                              P                                R                            T

             240
             BAB 10



       10 Text book Mate Tg1.indd   240                                                               10/17/16   5:34 PM
   245   246   247   248   249   250   251   252   253   254   255