Page 39 - Buku Teks Digital Matematik KSSM Tingkatan 1
P. 39

BAB
                                                                                                              1
                  Nombor negatif  digunakan  dalam  bidang pembuatan
                  kanta  cermin mata  untuk memperbaiki  masalah  rabun
                  mata.  Dapatkan  maklumat  daripada  sumber  yang
                  sahih seperti menjalankan temu ramah dengan seorang
                  juruoptik, merujuk kepada bahan bacaan atau lain-lain
                  sumber yang bersesuaian.  Tulis satu laporan untuk
                  menerangkan  bagaimana  nombor negatif  digunakan
                  untuk membuat kanta cermin mata.










                  Tahukah anda senarai nombor positif dan nombor negatif boleh dijana  dengan
                  menggunakan hamparan elektronik? Ikut langkah-langkah yang berikut untuk menjana
                  suatu senarai nombor yang tertentu.













                  1.  Buka program hamparan elektronik yang sesuai.

                  2.  Taip masuk nombor –6 di sel A1, seperti yang ditunjukkan.
                  3.  Pilih sel A2 dan taip masuk =A1-2.

                  4.  Pilih sel A2 dan seret penjuru kanan bawah sel itu ke bawah.
                      Perihalkan apa yang diperhatikan.
                  5.  Pilih sel B1 dan taip masuk =A1+8.

                  6.  Pilih sel B1 dan seret penjuru kanan bawah sel itu ke kanan.
                      Perihalkan apa yang diperhatikan.

                  7.  Tukar nombor di sel A1 kepada nombor lain.
                      Perihalkan apa yang diperhatikan.
                  8.  Terangkan bagaimana anda boleh menjana senarai nombor yang lain.



                                                                                                       29
                                                                                  Nombor Nisbah



       01 Text book Mate Tg1.indd   29                                                                10/17/16   6:06 PM
   34   35   36   37   38   39   40   41   42   43   44