Page 46 - Buku Teks Digital Matematik KSSM Tingkatan 1
P. 46
2.1c
1. Tentukan sama ada nombor yang berikut ialah faktor sepunya bagi senarai nombor
dalam tanda kurung.
(a) 6 (12, 24, 42) (b) 8 (8, 32, 72) (c) 3 (12, 18, 20)
BAB
2 (d) 12 (48, 96, 120, 144) (e) 7 (28, 35, 91, 105) (f) 9 (18, 36, 108, 119)
2. Senaraikan semua faktor sepunya bagi setiap yang berikut.
(a) 12, 30 (b) 24, 48 (c) 35, 105
(d) 12, 84, 98 (e) 35, 90, 150 (f) 12, 72, 96
(g) 42, 102, 144, 200 (h) 84, 132, 300, 360 (i) 110, 210, 360, 540
Apakah faktor sepunya terbesar (FSTB)?
Kita telah mempelajari bahawa faktor sepunya bagi 20, PEMBELAJARAN
44, 56 dan 64 ialah 1, 2 dan 4. Antara faktor sepunya itu, Menentukan FSTB
4 adalah terbesar. Jadi, nombor 4 disebut sebagai faktor bagi dua dan tiga
sepunya terbesar (FSTB) bagi 20, 44, 56 dan 64. nombor bulat.
FSTB boleh ditentukan dengan kaedah
• menyenarai faktor sepunya • pembahagian berulang • pemfaktoran perdana
Contoh 8
Tentukan faktor sepunya terbesar bagi
(a) 18 dan 24 (b) 36, 60 dan 72 (c) 48, 64 dan 80
(a) Kaedah menyenarai faktor sepunya
Faktor bagi 18 : 1 , 2 , 3 , 6 , 9, 18
Faktor bagi 24 : 1 , 2 , 3 , 4 , 6 , 8, 12, 24
Maka, faktor sepunya bagi 18 dan 24 ialah 1, 2, 3 dan 6.
Jadi, FSTB bagi 18 dan 24 ialah 6.
(b) Kaedah pembahagian berulang
2 36 , 60 , 72 Bahagikan nombor yang diberi dengan
2 18 , 30 , 36 faktor sepunya secara berturutan.
3 9 , 15 , 18 Kemudian tentukan FSTB dengan
mendarab semua pembahagi.
3 , 5 , 6
Maka, FSTB bagi 36, 60 dan 72 ialah 2 × 2 × 3 = 12
(c) Kaedah pemfaktoran perdana
48 = 2 × 2 × 2 × 2 × 3 Cari pemfaktoran perdana bagi setiap nombor
64 = 2 × 2 × 2 × 2 × 2 × 2 yang diberi. Kemudian tentukan FSTB dengan
80 = 2 × 2 × 2 × 2 × 5 mendarab semua faktor perdana sepunya.
Maka, FSTB bagi 48, 64 dan 80 ialah 2 × 2 × 2 × 2 = 16
36
BAB 2
02 Text book Mate Tg1.indd 36 10/17/16 5:07 PM

