Page 187 - SMKDHHY BUKU PANDUAN 2017
P. 187
BUKU PANDUAN PENGURUSAN SMKDHHY 2017
12. SPI. BIL. 10/2001: GARIS PANDUAN PAKAIAN GURU KETIKA BERTUGAS DI SEKOLAH. (Dibaca
bersama SPI. BIL 6/1985)
Jubah dan berserban bukan dianggap sebagai pakaian pada masa bekerja sebagai pegawai-pegawai
awam.
Pakaian baju melayu lengkap dengan samping atau pakaian baju mirip dengan potongan baju melayu
dan dipakai dengan seluar panjang serta bersongkok hitam.
13. SPI BIL. 2/2009: PENGUATKUASAAN LARANGAN MEMBAWA & MENGGUNA TELEFON BIMBIT
OLEH MURID DI SEKOLAH.
Semua telefon bimbit yang diambil oleh pihak sekolah akan direkodkan dan disimpan di tempat yang
selamat oleh pihak sekolah. Rekod kes perlu mengandungi maklumat:-
(i) Tarikh, masa dan tempat telefon bimbit diambil.
(ii) Jenis telefon bimbit yang diambil.
(iii) Nama murid, no. k/p serta tanda tangan murid.
(iv) Nama guru yang mengambil telefon bimbit
(v) Nama ibu/bapa, no.k/p, tarikh, masa serta tanda tangan ketika mengambil semula telefon bimbit
anak mereka.
14. SPI. BIL. 10/2001: SEMUA GURU ADALAH GURU DISIPLIN.
Semua guru telah dipertanggungjawabkan untuk memastikan murid-murid mempamerkan tahap disiplin
yang tinggi.
Gunakan pendekatan berbentuk pencegahan (preventive), didikan (educative), pembetulan(corrective),
dan hukuman (punitive).
Hendaklah sentiasa mengimbangi semasa pendekatan tersebut dengan sifat-sifat prihatin, penyayang,
simpati dan empati terhadap masalah dihadapi oleh murid.
15. SPI. BIL. 7/2003: KUASA GURU MEROTAN MURID.
Hukuman dera kepada murid perempuan adalah dilarang.
Hukuman dera kepada murid lelaki adalah dihadkan kepada merotan dengan rotan ringan ditapak
tangan atau di punggung yang berlapik dengan pakaian.
Surat penurunan kuasa oleh pengetua kepada guru-guru yang laksanakan hukuman rotan.
16. SPI. BIL. 2/2007: PERUNTUKAN WAKTU UNTUK KEGIATAN KOKURIKULUM DI SEKOLAH RENDAH
DAN MENENGAH.
Kegiatan kokurikulum merupakan kegiatan lanjutan daripada proses P&P dalam bilik darjah. Ia
bertujuan memberi peluang kepada murid untuk menambah,, mengukuh dan mengamalkan
pengetahuan, kemahiran serta nilai yang dipelajari di bilik darjah.
Peruntukan waktu minimum kegiatan kokurikulum di Sekolah Menengah Harian = 180 minit seminggu.
17. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL 12/2011 : PELAKSANAAN DASAR MEMARTABATKAN BAHASA
MELAYU MEMPERKASAKAN BAHASA INGGERIS (MBMMBI).
Dasar MBMMBI dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai 2010. sekolah boleh gunakan
Bahasa Inggeris atau bahasa penghantar masing-masing dalam P&P sains dan matematik.
Membolehkan murid-murid SR dan SM pada atau sebelum 2010 meneruskan penggunaan Bahasa
Inggeris sehingga tingkatan 5 erdasarkan kesediaan guru dan murid di sekolah.
Membatalkan SPI Bil. 2/2010 berkaitan MBMMBI.
18. SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 16/2010 : PELAKSANAAN DASAR SATU MURID SATU SUKAN
(1M1S)
Setiap murid wajib didaftarkan untuk mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya satu jenis sukan
daripada yang ditawarkan di sekolah.
Sekolah hendaklah membuat perancangan bagi pengurusan aktiviti sukan secara sistematik
Hendaklah mengoptimumkan penggunaan peralatan dan kemudahan di sekolah dengan
mengutamakan keselamatan murid.
Menggalakkan wujudkan rangkaian kerjasama dengan agensi/pihak luar bagi pembangunan sukan
Memastikan aktiviti sukan sepanjang tahun dijalankan
132

